Subuh
5:31
Syuruk
6:54
Zuhur
12:57
Asar
4:21
Maghrib
6:57
Isyak
8:12
Halal Food Map
Turn on your location  and discover halal restaurants near you.
Search Distance From Your Location = 1 KM
100 M 1 KM
No restaurant found within  from your distance.
Dunia0

Pemimpin G20 lahir komitmen usaha sepadu tangani Covid-19

Nov 23, 2020 | 05:30 AM

PEMIMPIN Kumpulan 20 negara (G20) bersama pertubuhan global menekankan perlunya tindak balas selaras yang berterusan terhadap pandemik Covid-19, terutama untuk menyokong golongan paling mudah terjejas, sambil meningkatkan perbelanjaan kesediaan pandemik bagi inovasi dan penyelidikan lanjut bagi menghasilkan peralatan dan vaksin.

Satu kenyataan semalam dari Arab Saudi selaku pengerusi G20 tahun ini berkata peranan G20 dalam perjuangan terhadap pandemik itu belum berakhir, dan kumpulan itu terus menumpukan usahanya ke arah membangunkan masa depan yang lebih baik buat semua.

"Dalam dunia yang saling berkaitan, cabarannya bersifat global. Covid-19 menunjukkan bahawa sebuah krisis pandemik boleh mengakibatkan kesan buruk terhadap kesihatan, sosial dan ekonomi di seluruh dunia. Perlunya tindakan selaras global menjadi lebih penting kini," kata kenyataan itu.

"Negara G20 telah menyalurkan usaha mereka ke arah menangani cabaran langsung yang ditimbulkan oleh pandemik Covid-19 dan memastikan dunia lebih bersiap sedia untuk menangani krisis kesihatan akan datang dengan meningkatkan kesiapsiagaan dan respons terhadap wabak," tambahnya.

Dipengerusikan oleh Arab Saudi, Sidang Puncak Pemimpin G20 ke-15 diadakan kelmarin dan semalam di Riyadh.

Dijalankan dalam format maya, sidang puncak itu membawa tema Merealisasikan Peluang Abad ke-21 untuk Semua.

Agenda sidang puncak itu dibahagi kepada dua sesi mengenai mengatasi wabak, pemulihan ekonomi dan memulihkan pekerjaan, serta membangun masa depan yang inklusif, lestari dan berdaya tahan.

Negara G20 turut menekankan perlunya akses global kepada vaksin Covid-19, sedang usaha antarabangsa diperhebat bagi pelancaran vaksin berskala besar, dan sedang seruan meningkat untuk negara-negara G20 menampung kekurangan dana sebanyak $4.5 bilion.

Negara-negara G20 telah menyumbang lebih dari $21 bilion untuk memerangi wabak Covid-19, yang telah menjangkiti 56 juta orang di seluruh dunia dan mengorbankan 1.3 juta orang, dan menyuntik $11 trilion untuk "melindungi" ekonomi dunia yang terjejas teruk ekoran virus, kata penganjur.

Tetapi pemimpin kumpulan itu menghadapi tekanan yang meningkat untuk membantu mencegah kemungkinan kegagalan kredit di negara-negara membangun.

"Walaupun kami optimistik tentang kemajuan yang dibuat dalam membangunkan vaksin, alat diagnostik dan terapi bagi Covid-19, kita mesti berusaha untuk menghasilkan syarat bagi akses adil dan dimampui kepada alat-alat ini untuk semua orang,'' kata hos sidang puncak itu, Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz.

"Kita mempunyai kewajipan untuk menghadapi cabaran bersama-sama semasa sidang puncak ini dan memberi mesej harapan dan keyakinan yang kuat kepada rakyat kita dengan melaksanakan dasar-dasar untuk mengurangi kesan krisis ini," katanya kepada para pemimpin dunia dalam pernyataan pembukaan.

Presiden China Xi Jinping bercakap tentang perlunya membangunkan "firewall global menentang Covid-19" sedang beliau menyeru negara-negara G20 agar membantu mengagihkan vaksin "dengan adil dan cekap", menurut agensi berita negeri Xinhua.

Presiden Perancis Emmanuel Macron pula berkata krisis kesihatan itu adalah "ujian untuk G20", dengan menekankan "tidak akan ada tindak balas berkesan terhadap pandemik itu melainkan ia adalah tindak balas global".

Perdana Menteri India Narendra Modi dalam ucapan pembukaannya pula menyeru bagi Indeks Global baru untuk dunia pasca Korona.

Indeks ini boleh memaparkan unsur seperti memastikan teknologi sampai ke semua segmen masyarakat, ketelusan dalam sistem pemerintahan dan menguruskan bumi dengan semangat peramanahan.

"Berdasarkan ini, G20 dapat membentangkan asas bagi dunia baru," kata Encik Modi.

Beliau menyeru bagi tindakan tegas oleh G20, tidak hanya terhad kepada pemulihan ekonomi, pekerjaan dan perdagangan, tetapi untuk memberi perhatian kepada memelihara dunia.

Presiden Turkey Recep Tayyip Erdogan juga berucap di sidang puncak itu, dengan sumber berkata perubahan iklim adalah antara isu yang menjadi agenda utama, lapor AFP.

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian