Subuh
5:39
Syuruk
7:03
Zuhur
1:10
Asar
4:35
Maghrib
7:14
Isyak
8:30

Pemimpin G7 dan Nato akan tingkat tekanan ke atas Russia

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Pemimpin G7 dan Nato akan tingkat tekanan ke atas Russia

Beri tumpuan berterusan terhadap China: Pegawai kanan Amerika Syarikat
Jun 24, 2022 | 05:30 AM

WASHINGTON: Pemimpin daripada Kumpulan Tujuh (G-7), tujuh negara demokrasi kaya, di samping Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) akan berusaha meningkatkan tekanan terhadap Russia berkaitan pencerobohannya ke atas Ukraine minggu depan, selain memberi tumpuan berterusan terhadap China, kata beberapa pegawai kanan Amerika Syarikat.

Kenyataan itu diberikan menjelang Presiden Amerika, Encik Joe Biden, berlepas Sabtu ini untuk bertemu pemimpin G-7 lain di selatan Jerman.

Beliau kemudian dijadual menuju ke Madrid bagi sidang puncak Nato, dengan pertubuhan itu dijangka bersetuju dengan komitmen kedudukan baru tentera, dengan Washington bakal mengumumkan langkah untuk mengukuhkan keselamatan di Eropah.

Buat kali pertama, turut serta adalah pemimpin dari Australia, Jepun, Korea Selatan dan New Zealand dalam sidang Nato itu yang bertujuan menunjukkan bahawa perang di Ukraine tidak menjejas tumpuan negara Barat terhadap China, kata pegawai itu.

Pemimpin G-7, bertemu di sebuah istana di selatan Munich pada 26-28 Jun, juga dijangka menangani "amalan ekonomi paksaan" China, yang menjadi lebih agresif dalam beberapa tahun lalu, kata seorang pegawai lagi.

"Perang Russia menentang Ukraine telah meningkatkan kerjasama kami di seluruh dunia," kata pegawai kedua itu.

"Ia juga menunjukkan bagaimana Ukraine tidak menyebabkan kami mengalihkan perhatian dari China. Malah, sebaliknya."

Bahkan, satu konsep strategik baru yang akan disahkan pemimpin Nato apabila mereka bertemu di Madrid 29-30 Jun akan menangani ancaman yang ditimbulkan Russia, dan buat kali pertamanya, China, kata pegawai itu.

Jerman, yang mengetuai G-7 tahun ini, telah mengundang Argentina, India, Indonesia, Senegal dan Afrika Selatan untuk mengambil bahagian dalam sesi terpilih pada sidang itu.

Pemimpin G-7 akan melancarkan inisiatif prasarana baru yang bertujuan menawarkan negara berpendapatan rendah dan sederhana satu alternatif pelaburan bermutu tinggi dan telus, kata pegawai itu, rujukan jelas kepada projek Belt and Road China, yang telah dikritik kerana kontrak kurang telus dan syarat pinjaman membebankan.

"Pada sidang puncak itu, kami akan melancarkan satu set cadangan konkrit untuk meningkatkan tekanan ke atas Russia dan menunjukkan sokongan kami secara kolektif kepada Ukraine," kata seorang pegawai, tanpa memberi butiran.

"Para pemimpin juga akan memajukan visi dunia berasaskan kebebasan dan keterbukaan - bukan paksaan, bukan pencerobohan, bukan kawasan pengaruh. Mereka akan mengukuhkan kerjasama kami dalam isu ekonomi, ruang siber dan kuantum, dan khususnya, cabaran yang ditimbulkan China," tambah pegawai itu.

Presiden Ukraine, Encik Volodymyr Zelensky, dijadual menyampaikan ucapan di dua mesyuarat itu secara maya.

Di medan pertempuran pula, tentera Ukraine memperkukuh barisan pertahanan terakhir menentang kemaraan Russia di wilayah Luhansk, dengan Russia kini mengancam untuk menawan dua bandar utama.

Prospek penaklukan Russia ke atas bandar Sievierodonetsk dan Lysychansk, telah menyebabkan komander Ukraine perlu membuat pilihan sama ada terus bertahan dan berjuang - menimbulkan risiko ribuan askarnya dikepung - atau berundur dan kehilangan pusat bandar utama terakhir di Luhansk yang merupakan sebahagian daripada wilayah Donbas di timur Ukraine. - Agensi berita.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3