Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

KONFLIK RUSSIA-UKRAINE

Pemimpin G7 rancang perketat sekatan ke atas bekalan tenaga Russia

May 16, 2023 | 05:30 AM



WASHINGTON/BERLIN: Para pemimpin negara-negara maju Kumpulan Tujuh (G7), merancang perketat sekatan ke atas Russia, apabila mereka bertemu dalam sidang puncak di Jepun minggu ini, dengan langkah-langkah yang disasarkan kepada bekalan tenaga dan eksport yang diusahakan untuk membantu peperangan yang dilancarkan Moscow, kata para pegawai yang mengetahui langsung tentang perbincangan itu.



Langkah-langkah baru yang akan diumumkan oleh para pemimpin itu semasa pertemuan mereka pada 19 hingga 21 Mei ini, disasarkan kepada sekatan yang diingkari yang melibatkan negara ketiga dan bagi untuk menggugat pengeluaran bekalan tenaga Russia pada masa depan.



Ia juga bertujuan menyekat perdagangan yang menyokong ketenteraan Russia, kata para pegawai itu.



Secara berasingan, para pegawai Amerika Syarikat juga menjangkakan negara anggota G7 akan bersetuju menyesuaikan pendekatan mereka mengenai sekatan itu, sekurang-kurangnya bagi kategori tertentu barangan eksport, secara automatik mengharamkannya kecuali barangan yang sudah dibenarkan disenarai.



Pentadbiran Presiden Joe Biden sebelum ini menggesa sekutu-sekutunya dalam G7 bagi menarik semula pendekatan sekatan mereka, yang kini membenarkan semua barangan dijual kepada Russia melainkan yang sudah jelas dalam senarai hitam.



Perubahan itu akan mempersulit Russia untuk mencari ruang dalam peraturan sekatan tersebut.



Sementara sekutu-sekutu blok itu belum lagi bersetuju untuk melaksanakan pendekatan yang lebih ketat itu, para pegawai Amerika menjangka bahawa dalam perkara-perkara yang lebih sensitif berkaitan ketenteraan Russia, anggota G7 akan melaksanakan pengharaman eksport kecuali yang telah dibenarkan.



Perkara sebenar peraturan itu masih belum lagi dibincangkan.



"Anda boleh menjangka melihat dalam ruang terbatas, terutama berkaitan dengan industri pertahanan Russia, perubahan ini dijangka akan berlaku, kata seorang pegawai Amerika yang tidak mahu memberi pengenalannya.



Pernyataan tepat yang akan dimuat dalam deklarasi pemimpin G7 itu masih lagi dirundingkan dan disesuaikan sebelum ia diumumkan dalam sidang puncak itu.



Kumpulan G7 terdiri daripada Amerika Syarikat, Jepun, Canada, Perancis, German, Italy dan Britain.



Tindakan G7 ke atas Russia itu dilaksanakan ekoran usaha sekutu Barat, Ukraine mencari jalan perketat sekatan ke atas Russia, daripada pengawalan eksport hingga kepada pengeluaran visa dan penetapan harga minyak.



Langkah tersebut bertujuan mengenakan tekanan ke atas Presiden Russia, Encik Vladimir Putih, tetapi tidak dapat menghentikan pencerobohan berterusan yang bermula lebih setahun itu.



Beberapa sekutu Amerika menolak langkah pengharaman perdagangan secara meluas dan mengeluarkan senarai pengecualian mengikut kategori tertentu.



Kesatuan Eropah (EU), contohnya, mempunyai pendekatan tersendiri dan kini sedang merundingkan pakej ke-11 sekatannya, sejak pencerobohan Russia ke atas Ukraine. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >