Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SEKILAS

Pemimpin India hina Nabi: Pakistan gesa PBB beri perhatian

Jun 12, 2022 | 05:30 AM



ISLAMABAD: Pakistan menggesa Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memberi perhatian serius terhadap kenyataan dua pemimpin dari parti pemerintah India, Parti Bharatiya Janata (BJP) yang menghina Nabi Muhammad, saw baru-baru ini.



Menteri Luar Pakistan, Encik Bilawal Bhutto Zardari, yang bercakap dengan Presiden Perhimpunan Agung PBB, Encik Abdulla Shahid, melalui telefon dan menyebut mengenai kenyataan menghina dan menyinggung yang dilakukan oleh ahli politik dari BJP terhadap Nabi Muhammad saw.



"Melihat kepada provokasi yang disengajakan itu, ia sudah menjejas sentimen berbilion-bilion umat Islam di seluruh dunia dan Menteri Luar menggesa (Presiden Perhimpunan Agung PBB) supaya memberi perhatian terhadap perkembangan yang menjijikkan ini ketika meningkatnya ucapan kebencian dan Islamofobia di India.



"Merujuk kepada tindak balas kepemimpinan India yang seolah-olah berdiam diri mengenai insiden itu, Menteri Luar menyatakan bahawa tindakan sedemikian boleh dianggap sebagai bersubahat dan boleh membawa kepada hasutan lebih lanjut kepada keganasan, perselisihan kaum dan insiden kebencian agama," kata Kementerian Luar Pakistan, dalam satu kenyataan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >