Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pemimpin ISIS terbunuh dalam operasi AS di Syria

Feb 05, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Pemimpin rangkaian pengganasan antarabangsa, ISIS yang juga disebut Daesh, Abu Ibrahim al-Hashimi al-Quraishi, dilaporkan telah meletupkan bom selepas dikepung tentera Amerika Syarikat, menyebabkan kematiannya selain anggota keluarga, termasuk wanita dan kanak-kanak, lapor agensi berita Reuters semalam.



Memetik laporan agensi perisikan AS, Abu Ibrahim dikatakan menghuni tingkat atas sebuah rumah di Atme, utara Syria.



Dia dikatakan tidak pernah meninggalkan premis itu kecuali hanya keluar untuk mandi di atas bumbung bangunan berkenaan.



Dalam Bilik Situasi Rumah Putih, di mana model sebenar rumah itu tersedia, Presiden AS, Encik Joe Biden, telah diberi taklimat mengenai pilihan bagi menamatkan riwayat al-Qurashi, salah seorang pemimpin pengganas paling dikehendaki AS.



Pegawai AS berkata, mereka boleh membunuh Abu Ibrahim dengan mudah.



Ini berdasarkan lokasinya itu sudah dikaji sejak tahun lalu sebelum ditentukan dapat dimusnahkan menerusi tembakan tepat peluru berpandu.



"Semalam (kelmarin), atas arahan saya, pasukan tentera AS di Syria berjaya melaksanakan operasi anti pengganas bagi melindungi AS dan sekutunya.



"Semua anggota tentera AS yang terbabit dalam operasi ini pulang dengan selamat.



"Terima kasih atas kemahiran dan keberanian anggota tentera AS, kita berjaya menumpaskan Abu Ibrahim al-Hashimi al-Qurayshi," kata Encik Biden dalam satu kenyataan.



Seorang pegawai kanan AS yang memberi taklimat kepada wartawan mengenai serbuan itu yang dipetik agensi berita AFP, berkata Encik Biden memilih jalan lebih berisiko.



Ia bertujuan mengurangkan kemungkinan membunuh orang awam yang turut mendiami rumah tiga tingkat itu, yang terletak di tengah-tengah ladang pokok zaitun berhampiran sempadan dengan Turkey.



Pegawai itu berkata, serangan Pasukan Gerakan Khas AS memulakan operasi yang 'sangat rumit' pada awal pagi kelmarin kerana terdapat banyak rumah berdekatan dan kehadiran wanita serta ramai kanak-kanak di dalam bangunan itu.



Akhirnya, ketika tentera elit AS mengepung rumah itu dan mengarahkan semua orang di dalam untuk keluar, Abu Ibrahim bertindak meletupkan dirinya bersama isteri dan dua anaknya.



Pegawai berkenaan berkata, anggota operasi itu juga diingatkan berulang kali mengenai kemungkinan pemimpin yang dikenali juga sebagai al-Qurashi itu memilih jalan membunuh diri daripada ditahan pihak berkuasa.



Lokasi persembunyian di wilayah Idlib itu hanya 15 kilometer dari lokasi di mana pemimpin terdahulu Daesh, Abu Bakr al-Baghdadi, turut membunuh diri pada Oktober 2019 untuk mengelak ditangkap dalam serbuan komando AS.



AS meletakkan ganjaran AS$10 juta ($10.43 juta) ke atas al-Qurashi sejurus selepas dia mengambil alih tampuk pimpinan Daesh.



Awal minggu ini, Encik Biden diberi taklimat mengenai operasi itu dan meluluskannya pada pagi Selasa lalu di Rumah Putih.



Encik Biden dan Naib Presiden AS, Cik Kamala Harris dan pegawai lain telah menyaksikan paparan secara langsung operasi di Bilik Situasi Rumah Putih, di mana kelihatan helikopter terbang membawa puluhan komando AS, yang kemudian mengarahkan jiran sekitar supaya menjauhkan diri.



"Leftenan ISIS dan isterinya terbunuh," kata pegawai itu tanpa memberikan butiran, sambil menambah bahawa empat kanak-kanak yang ditemui di lokasi sama dibawa ke tempat selamat. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >