Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pemimpin kanan Al-Qaeda terbunuh dalam serangan dron AS di Syria

Oct 24, 2021 | 05:30 AM



WASHINGTON: Seorang pemimpin kanan Al-Qaeda terbunuh dalam serangan dron Amerika Syarikat (AS) di Syria, kata Pentagon kelmarin.



Serangan itu berlaku dua hari selepas sebuah markas di selatan Syria yang digunakan tentera pakatan pimpinan AS bagi memerangi kumpulan Daesh diserang.



"Serangan udara AS di barat laut Syria mengorbankan pemimpin kanan Al-Qaeda, Abdul Hamid al-Matar," kata jurucakap pusat tentera AS (Centcom), Mejar John Rigsbee, dalam satu kenyataan.



Katanya, serangan terbabit dilakukan menggunakan pesawat MQ-9.



"Dengan ketiadaan pemimpin kanan al-Qaeda ini akan mengganggu keupayaan organisasi pengganas untuk terus merancang dan melakukan serangan global," katanya.



Pada akhir September lalu, Pentagon memaklumkan pihaknya berjaya membunuh Salim Abu-Ahmad, seorang komander kanan Al-Qaeda di Syria dalam serangan udara berhampiran Idlib di barat laut negara itu.



Menurut Centcom, mangsa dikatakan bertanggungjawab merancang, membiayai dan meluluskan serangan al-Qaeda yang merentasi wilayah.



"Al-Qaeda akan terus memberikan ancaman kepada Amerika dan sekutu kami. Al-Qaeda menjadikan Syria sebagai tempat selamat untuk membina semula pertahanan dengan menyelaraskannya dengan sekutu luar serta merancang serangan luar," kata Mejar Rigsbee.



Peperangan yang berlangsung di Syria mewujudkan medan perang yang kompleks membabitkan tentera asing, militan dan pejuang.



Perang itu mengorbankan kira-kira setengah juta orang orang sejak ia bermula pada 2011 dengan tindakan keras terhadap protes antikerajaan. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >