Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemimpin Korea Utara arah sumber disalur tingkat pengeluaran makanan

Mar 3, 2023 | 5:30 AM
TELITI HASIL TANAMAN: Pemimpin Korea Utara, Encik Kim Jong Un, melawat ladang rumah hijau sayur-sayuran dan tapak semaian pokok di kawasan Jungphyong di Kyongsong County, Wilayah Hamgyong Utara, Korea Utara. - Foto REUTERS
TELITI HASIL TANAMAN: Pemimpin Korea Utara, Encik Kim Jong Un, melawat ladang rumah hijau sayur-sayuran dan tapak semaian pokok di kawasan Jungphyong di Kyongsong County, Wilayah Hamgyong Utara, Korea Utara. - Foto REUTERS -

PYONGYANG: Pemimpin Korea Utara, Encik Kim Jong Un, telah mengarahkan penambahbaikan kepada prasarana dan pembangunan tanah ladang untuk meningkatkan pengeluaran makanan, kata media negara itu pada Khamis, di tengah-tengah amaran krisis makanan yang akan berlaku.

Encik Kim memberi arahan untuk merombak sistem pengairan, membina mesin pertanian moden dan menyediakan lebih banyak tanah yang boleh diusahakan ketika beliau menyempurnakan mesyuarat pleno ketujuh yang diperbesarkan Jawatankuasa Pusat berkuasa Parti Pekerja yang memerintah, pada Rabu.

Mesyuarat bermula pada Ahad, 26 Februari 2023, untuk membincangkan tugas "mendesak" bagi meningkatkan sektor pertanian.

Korea Selatan telah memberi amaran mengenai krisis makanan yang semakin meningkat di Korea Utara yang terpencil, termasuk meningkatnya kematian akibat kelaparan di beberapa wilayah baru-baru ini - sebahagiannya disebabkan oleh apa yang dianggap sebagai kegagalan dasar bijirin baru yang mengehadkan transaksi tanaman swasta.

Ekonomi Korea Utara merudum selepas negara itu dilanda banjir dan taufan, sekatan ke atas program nuklear dan peluru berpandunya, dan kemerosotan mendadak dalam perdagangan dengan China di tengah-tengah penutupan sempadan akibat penutupan Covid-19.

Pyongyang juga berdepan isu hak asasi manusia yang kekal sebagai agenda utama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ekoran permintaan yang dikemukakan Amerika Syarikat dan Albania baru-baru ini.

Permintaan itu dibuat selepas kedua-dua negara pada 28 Februari lalu, menyerahkan nota kepada Majlis Keselamatan PBB (UNSC) dengan sokongan puluhan negara, bertambah dua kali ganda berbanding sokongan diterima tahun lalu.

Nota ringkas kepada 15 anggota Majlis Presiden itu ditandatangani Amerika dan Albania serta mendapat sokongan 59 negara lain termasuk dari Kesatuan Eropah (EU).

PBB mengenakan sekatan ke atas program peluru berpandu balistik dan nuklear terhadap Korea Utara sejak 2006, namun diberi pengecualian bagi penghantaran bantuan kemanusiaan.

Wakil Korea Utara ke PBB di New York bagaimanapun enggan mengulas. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg