Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pemimpin parti pembangkang M'sia berarak ke bangunan Parlimen

Adakan bantahan, dakwa PN tidak lagi punya kuasa majoriti
Aug 03, 2021 | 05:30 AM



KRISIS politik yang berlaku di Malaysia bertambah kusut apabila pemimpin parti-parti pembangkang menyatakan kerajaan Perikatan Nasional (PN) tidak lagi mempunyai kuasa majoriti semasa mengadakan bantahan di Dataran Merdeka, dan cuba berarak ke bangunan Parlimen, di sini pagi semalam.



Semasa acara sekitar 10 pagi itu, mereka mengecam tindakan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang menangguhkan sidang dewan rakyat atas sebab Covid-19 - menyifatkannya sebagai satu 'alasan' selain mendakwa kerajaan Perikatan Nasional bukan hanya telah melanggar institusi DiRaja bahkan lebih buruk lagi, tidak lagi mempunyai kuasa untuk memerintah.



Ketua Pembangkang, juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata kerajaan Perikatan Nasional telah tumbang apabila Anggota Parlimen telah menarik sokongan mereka terhadap pentadbiran Tan Sri Muhyiddin.



"Hari ini kita berkumpul untuk menyatakan bahawa, secara jumlah Ahli Parlimen, kerajaan Mahiaddin (Mahiaddin merujuk kepada nama yang didaftarkan dalam sijil lahir Tan Sri Muhyiddin) telah jatuh tumbang hari ini. Dan saya dapat maklumat dari parti-parti lain ada mengemukakan senarai yang minta keluar dari PN.



"Maka dengan 107 yang ada di sini, campur mereka, kerajaan sudah ditumbangkan," katanya.



Kenyataan itu dilihat menyangkal apa yang dinyatakan Timbalan Perdana Menteri merangkap Ketua Whip Kerajaan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, pada 29 Julai lalu, yang menyatakan "lebih 110 ahli Parlimen" masih memberi sokongan kepada kerajaan PN.



Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, tindakan kerajaan PN melanggar perintah Yang DiPertuan Agong dalam menamatkan Perintah Darurat menerusi kenyataan pada 26 Julai lalu, dibuat tanpa mengikut lunas yang betul.



"Ikut pindaan kita (kerajaan terdahulu) buat sebelum ini, kalau raja (Yang di-Pertuan Agong) tolak maka Dewan (Dewan Rakyat) mesti bincangkan sebab penolakan.



"Kalau tiada perubahan (berhubung sebab penolakan), Dewan boleh hantar balik kepada raja. Kalau raja tak lulus selama dua bulan, barulah ia jadi undang-undang.



"Bagaimanapun, ini (pembatalan Proklamasi dan Ordinan Darurat) belum dikemukakan kepada Parlimen, selepas tidak dipersetujui raja... (kerajaan) buat pengumuman seolah-olah ia sudah jadi undang-undang," katanya pada sidang media di Dataran Merdeka, semalam.



Tindakan pemimpin dan Ahli Parlimen dari parti-parti pembangkang mengadakan bantahan telah disiarkan secara langsung dan secara meluas di media sosial.



Mereka berarak beramai-ramai berjalan kaki sambil membawa sepanduk yang meminta Perdana Menteri dan Anggota Kabinet meletakkan jawatan.



Selain Ahli Parlimen Pakatan Harapan (PH), turut kelihatan Ahli Parlimen dari Parti Warisan Sabah (Warisan), Parti Ikatan Demokratik Malaysia(Muda) dan Parti Pejuang.



Turut berucap semasa sesi bantahan semalam termasuklah Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Encik Mohamad Sabu; Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP), Encik Lim Guan Eng; dan pemimpin Parti Muda, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman; dan Ketua Setiausaha gagasan Pakatan Harapan merangkap Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution.



Ahli Parlimen bertindak berkumpul di Dataran Merdeka selepas laluan masuk ke Parlimen di sini, dikawal ketat oleh pihak berkuasa selepas beberapa Ahli Parlimen pembangkang dilihat cuba memasuki bangunan itu, pagi semalam.



Siaran langsung bantahan dan perarakan yang diadakan menunjukkan beberapa jalan utama menuju ke Parlimen ditutup dan barisan anggota polis termasuk anggota pencegah rusuhan dari Pasukan Unit Simpanan Persekutuan (FRU) melakukan sekatan, menyebabkan kesesakan lalu lintas sekitar Jalan Parlimen, di sini.



Ia susulan Mesyuarat Khas Dewan Rakyat yang dijadual berlangsung semalam, ditangguhkan.



Ahli Parlimen Johor Bahru (PKR), Encik Akmal Nasir dan Ahli Parlimen Batu, Encik P. Prabakaran berada di Ibu Pejabat Polis (IPD) Dang Wangi untuk membuat laporan polis berhubung penutupan Parlimen dan tindakan menghalang Anggota Parlimen memasuki bangunan Parlimen pagi semalam.




"Hari ini kita berkumpul untuk menyatakan bahawa, secara jumlah Ahli Parlimen, kerajaan Mahiaddin telah jatuh tumbang hari ini. Dan saya dapat maklumat dari parti-parti lain ada mengemukakan senarai yang minta keluar dari PN.

Maka dengan 107 yang ada di sini, campur mereka, kerajaan sudah ditumbangkan."

- Ketua Pembangkang, yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.



"Ikut pindaan kita (kerajaan terdahulu) buat sebelum ini, kalau raja (Yang di-Pertuan Agong) tolak maka Dewan (Dewan Rakyat) mesti bincangkan sebab penolakan.

Kalau tiada perubahan (berhubung sebab penolakan), Dewan boleh hantar balik kepada raja. Kalau raja tak lulus selama dua bulan, barulah ia jadi undang-undang.

Bagaimanapun, ini (pembatalan Proklamasi dan Ordinan Darurat) belum dikemukakan kepada Parlimen, selepas tidak dipersetujui raja... (kerajaan) buat pengumuman seolah-olah ia sudah jadi undang-undang."

- Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >