Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemimpin parti Wuhan dan Hubei diganti dek salah urus wabak koronavirus

Feb 13, 2020 | 5:06 PM
DIGANTI: Bekas ketua Parti Komunis wilayah Hubei, Encik Jiang Chaoliang (tengah) semasa lawatannya ke Hospital Huoshenshan yang baru dibina pada 2 Februari. - Foto: REUTERS
DIGANTI: Bekas ketua Parti Komunis wilayah Hubei, Encik Jiang Chaoliang (tengah) semasa lawatannya ke Hospital Huoshenshan yang baru dibina pada 2 Februari. - Foto: REUTERS -

PEMERINTAH China telah memecat pemimpin politik wilayah Hubei pada Khamis (Feb 13) ekoran penularan koronavirus yang telah menjangkiti ribuan orang dan menyebabkan kematian lebih 1,300 penduduk setempat.

Ketua Parti Komunis wilayah itu, Encik Jiang Chaoliang telah digantikan oleh Encik Ying Yong, 61 tahun, yang sebelum ini seorang mayor hab kewangan Shanghai, lapor The Straits Times (ST).

Ini merupakan perubahan kepimpinan yang pertama sejak virus itu menular, selepas dua lagi pegawai kesihatan wilayah Hubei dipecat pada minggu lalu.

Tambahan pula, ketua parti Wuhan, ibu kota wilayah Hubei, Encik Ma Guoqiang, 56 tahun juga diganti oleh ketua Parti Komunis di Shangdong, Encik Wang Zhonglin.

Pegawai pemerintah Hubei dan Wuhan telah menerima banyak kritikan kerana tidak mengendali penularan koronavirus dengan sebaiknya dan kini virus itu telah menjangkiti 48,000 orang di serata China.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg