PARA pemimpin Singapura telah mengutuk keras serangan bom di Sri Lanka yang meragut sekurang-kurangnya 189 nyawa dan mencederakan lebih 400 orang semalam.

Presiden Halimah Yacob menerusi catatannya di Facebook melahirkan rasa simpatinya kepada rakyat Sri Lanka.