Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

TIMUR TENGAH

Pemimpin UAE garis matlamat hadkan pemanasan global

Sultan Jaber tolak kritikan berhubung pelantikan sebagai Presiden COP28 kerana peranan sebagai ketua syarikat minyak negara
Feb 17, 2023 | 05:30 AM



DUBAI: Utusan Amiriah Arab Bersatu (UAE), selaku presiden yang dilantik bagi sidang kemuncak iklim COP28, berkata pada Rabu bahawa keutamaannya adalah untuk mengekalkan matlamat mengehadkan pemanasan global kepada 1.5 darjah Celsius - setelah dunia ketinggalan daripada sasaran itu.



Sultan Ahmed al-Jaber menolak kritikan berhubung pelantikannya sebagai presiden COP28, memandangkan peranannya sebagai ketua syarikat minyak terbesar milik UAE.



Memberitahu agensi berita Reuters, dalam kenyataan umum pertamanya bahawa menangani perubahan iklim memerlukan usaha bersatu.



UAE, sebuah negara pengeksport utama minyak dalam Pertubuhan Negara-Negara Pengeskport Minyak (Opec), akan menganjurkan sidang puncak iklim pada 2023 ini - negara Arab kedua selepas Mesir - menganjurkannya pada 2022.



Pelantikan Sultan Jaber mencetuskan kekhuatiran para aktivis bahawa industri besar telah menguasai aktiviti tindakan dunia terhadap krisis pemanasan global.



"Saya tidak berhasrat apa pun untuk lari daripada matlamat 1.5 darjah Celsius," kata Sultan Jaber dalam wawancara pertamanya sejak dilantik memegang peranan tersebut.



"Mengekalkan matlamat 1.5 darjah Celsius menjadi keutamaan, dan ia akan melibatkan kesemua hal yang saya lakukan."



Dijadualkan berlangsung di Dubai antara 30 November dengan 12 Disember 2023 ini, sidang puncak itu adalah yang pertama diadakan bagi menilai kemajuan sedunia sejak Perjanjian Paris 2015 dimeterai bagi menghadkan paras pemanasan global.



Sebagai presiden COP28, Sultan Jaber akan membantu menyediakan agenda sidang puncak itu dan mengatur rundingan berbilang pemerintah.



Beliau berkata akan menumpukan perhatian terhadap mewujudkan kesepakatan dan bersedia untuk mendengar pandangan semua pihak yang ingin memberikan maklum balas positif.



"Kita mempunyai cabaran besar di hadapan kita," kata Sultan Jaber.



"Jadi, kenapa tidak kita memanfaatkan keupayaan dan kekuatan semua orang dan menentang perubahan iklim... dan tidak menyalahkan satu sama lain," kata beliau ketika diminta mengulas mengenai kritikan yang dibuat terhadapnya.



Dengan pengalaman selama sedekad dalam hal diplomasi iklim, Sultan Jaber dipercayai cukup layak untuk menangani isu perubahan iklim.



Pertama kali memegang peranan sebagai ketua eksekutif adalah di Masdar, pertubuhan tenaga hijau Abu Dhabi, yang dibentuknya pada 2006.



Pertubuhan ini sekarang adalah antara pelabur terbesar di dunia dalam kegiatan menyediakan bekalan tenaga bersih.



Sultan Jaber memberitahu Reuters, dengan pengalaman itu, UAE memilihnya bagi mengetuai kumpulan syarikat minyak Nasional Abu Dhabi (ADNOC) dengan mandat "untuk mengubah, membebaskan karbon dan menjadikan syarikat minyak itu contoh yang baik bagi masa depan".



Perjanjian Paris mengikat negara-negara supaya membataskan purata suhu dunia ke paras di bawah 2 darjah Celsius.



Sultan Jaber berkata, untuk mencapai matlamat itu, suatu pembetulan perlu dilaksanakan.



"Kita perlu jujur terhadap diri kita, kita tahu seluruh dunia sudah jauh menyimpang."



Satu pendekatan yang tidak mengecualikan sesiapa juga, termasuk syarikat minyak dan gas, adalah perlu supaya mereka menjadi sebahagian daripada huraian, dan bukan disifatkan sebagai sebahagian daripada masalah, kata Sultan Jaber. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >