Subuh
5:37
Syuruk
6:53
Zuhur
12:58
Asar
4:01
Maghrib
7:00
Isyak
8:09
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Pemimpin Umno sepakat bersatu jelang pilihan raya umum

Jun 27, 2022 | 05:30 AM

KUALA LUMPUR: Keretakan antara dua puak utama yang semakin mendalam sejak beberapa tahun lalu berikutan kekalahan mengejut Umno dalam pilihan raya 2018, kini cuba dipulihkan para pemimpin parti itu menjelang pilihan raya umum Malaysia yang dijadualkan diadakan dalam tempoh 15 bulan ini

Ahli majlis tertinggi Umno, Datuk Seri Dr Zambry Kadir, mendedahkan bahawa satu jawatankuasa perunding, terdiri daripada anggota daripada kedua-dua puak presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, telah bertemu dua kali bulan lalu untuk membincangkan isu seperti keselamatan makanan dan kos kehidupan.

"Tujuan jawatankuasa itu adalah untuk membincangkan dasar kerajaan berkaitan isu politik dan ekonomi demi kepentingan parti dan umum," kata Datuk Seri Zambry, ditukil dalam laporan The Straits Times.

Kerajaan gabungan Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN), yang dipimpin Umno, turut dianggotai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Parti Islam SeMalaysia (PAS) dalam satu perikatan yang ganjil.

Dr Zambry, yang juga setiausaha agung BN, mewakili apa yang dipanggil "kluster PWTC", dinamakan sempena lokasi ibu pejabat parti itu, manakala Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid pula mewakili "kluster Putrajaya", iaitu mereka yang terikat kepada parti pentadbiran pada ketika ini.

Kedua-dua belah pihak menyedari keperluan untuk mengetengahkan sebuah barisan bersatu kepada pengundi menjelang pilihan raya yang dijadualkan pada September 2023.

Kluster PWTC - yang termasuk bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang disingkirkan dalam kekalahan pilihan raya 2018 telah mendorong perbalahan pertama di kalangan Umno - ingin pilihan raya diadakan secepat mungkin.

Bagi mereka, ini bagi memanfaatkan momentum daripada kemenangan besar dua pertiga majoriti di Melaka dan pilihan raya negeri Johor beberapa bulan lalu.

Namun, pengkritik percaya pemimpin seperti Datuk Seri Zahid, yang menghadapi pertuduhan rasuah, dan Datuk Seri Najib, yang disabitkan dengan rasuah dalam skandal 1Malaysia Development Berhad tetapi merayu terhadap penghakiman itu, tergesa-gesa untuk pilihan raya diadakan sebelum perbicaraan mereka dimuktamadkan, dengan harapan bahawa penguasaan semula Umno akan mempengaruhi kes mereka.

Kes Datuk Seri Zahid akan dibicarakan sehingga November, manakala rayuan terakhir Datuk Seri Najib dibicarakan pada Ogos.

Kluster Putrajaya lebih gemar untuk pilihan raya umum berlaku tahun depan, dengan Datuk Seri Ismail menyatakan bahawa kerajaan harus melihat tempoh inflasi yang melonjak sebelum menguji popularitinya.

Sebagai perdana menteri, Perlembagaan memberinya kebijaksanaan sama ada untuk menasihatkan Yang di-Pertuan Agong untuk membubarkan Parlimen sebelum ia terbubar secara automatik pada Julai tahun depan.

Dr Zambry berkata BN telah memulakan program prapilihan raya dengan menjangkakan negara akan keluar mengundi pada suku ketiga atau keempat tahun ini.

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3