Pemimpn dunia terkejut, kecam pencerobohan Capitol AS

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemimpn dunia terkejut, kecam pencerobohan Capitol AS

Jan 8, 2021 | 5:30 AM

Pemimpn dunia terkejut, kecam pencerobohan Capitol AS

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
CEROBOH: Penyokong Presiden Donald Trump mencerobohi dan memasuki kawasan dalaman bangunan Capitol di Washington DC selepas bertempur dengan polis di kawasan luar bangunan itu sebelumnya. - Foto-foto AFP
CEROBOH: Penyokong Presiden Donald Trump mencerobohi dan memasuki kawasan dalaman bangunan Capitol di Washington DC selepas bertempur dengan polis di kawasan luar bangunan itu sebelumnya. - Foto-foto AFP -

PEMIMPIN Singapura dan dunia semalam melahirkan rasa terkejut dan marah ekoran insiden pencerobohan bangunan Capitol di Washington yang dilakukan penyokong Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump.

Empat orang dilaporkan terkorban dalam kejadian tersebut.

Dalam satu catatan di Facebook, Menteri Kanan Teo Chee Hean mengatakan beliau berharap kejadian di Amerika yang berlaku pada awal semalam (waktu Singapura) itu dapat berakhir dengan aman.

"(Saya) bangun menyaksikan adegan mengejutkan di Kongres Amerika dengan penunjuk perasaan memasuki Dewan, menghentikan prosiding dan memaksa anggota (Kongres) melarikan diri... Kita berharap kejadian ini berakhir dengan aman.

"Ini adalah hari yang menyedihkan," tulisnya di Facebook.

Speaker Parlimen, Encik Tan Chuan-Jin, pula berkata peristiwa yang berlaku di Washington "sukar dipercayai".

"Bagaimana ini boleh berlaku? Ia menjadi semakin mudah untuk membuat orang marah. Ini bukan tiada akibatnya," katanya.

Sementara itu, Perdana Menteri Britain, Encik Boris Johnson, menulis di Twitter mengutuk "adegan memalukan di Kongres Amerika.

"Amerika Syarikat mencerminkan demokrasi di seluruh dunia dan sekarang tempoh sangat penting bahawa harus ada peralihan kuasa secara aman dan teratur," ujarnya.

Setiausaha Luar Negeri Britain, Encik Dominic Raab, turut menulis di Twitter:

"Amerika berbangga dengan demokrasinya, dan tidak ada alasan bagi cubaan ganas ini untuk menggagalkan peralihan kuasa yang sah dan tepat."

Ketua dasar luar Kesatuan Eropah (EU) mengecam "serangan terhadap demokrasi Amerika".

"Di mata dunia, demokrasi Amerika ketika ini sedang diancam," ciap Encik Josep Borrell di Twitter.

Menyifatkan pencerobohan itu sebagai "serangan terhadap demokrasi Amerika, institusi dan undang-undangnya," beliau menambah:

"Ini bukan Amerika. Keputusan pilihan raya pada 3 November mesti dihormati sepenuhnya."

Di Perancis, Presiden Emmanuel Macron menyifatkan apa yang berlaku di Washington DC bukan nilai Amerika.

Menteri Luarnya, Encik Jean-Yves Le Drian, mengutuk "serangan serius terhadap demokrasi".

"Keganasan terhadap institusi Amerika adalah serangan serius terhadap demokrasi. Saya mengutuknya," ciap Encik Le Drian.

"Kehendak dan suara rakyat Amerika mesti dihormati."

Di Jerman pula, Menteri Luar, Encik Heiko Maas, menggesa penyokong Encik Trump untuk "berhenti menginjak-injak demokrasi".

"Trump dan penyokongnya harus menerima keputusan pengundi Amerika dan berhenti menginjak-injak demokrasi," ciap Encik Maas.

"Musuh kepada demokrasi akan berasa gembira melihat gambar luar biasa dari Washington DC ini," tambahnya.

"Kata-kata yang mengapi-apikan berubah menjadi tindakan ganas."

Menteri Kewangan Jerman, Encik Olaf Scholz, yang juga naib canselor negara itu, turut mengutuk kejadian di Washington itu.

Ketua Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (Nato) Jens Stoltenberg menulis di Twitter:

"Adegan mengejutkan di Washington DC. Hasil pilihan raya demokratik ini mesti dihormati."

Sementara itu, Perdana Menteri Belanda, Encik Mark Rutte, menulis di Twitter:

"Gambar menggerunkan dari Washington D.C. Wahai @realDonaldTrump, iktiraf @JoeBiden sebagai presiden seterusnya hari ini."

Encik Rutte, semasa lawatan ke Rumah Putih pada 2018, pernah menyampuk Encik Trump dengan berkata 'tidak' dengan keras ketika Encik Trump membuat penegasan mengenai perdagangan EU-Amerika.

Perdana Menteri Ireland, Encik Micheal Martin, yang telah mengundang Encik Biden - yang mempunyai asal Ireland-Amerika - untuk mengunjungi tanah air leluhurnya semasa awal presidennya kelak, mengecam kejadian itu.

"Orang Ireland mempunyai hubungan erat dengan Amerika Syarikat, yang dibina sejak beberapa generasi.

"Saya tahu bahawa banyak orang seperti saya, akan menyaksikan peristiwa yang berlaku di Washington DC dengan rasa risau dan kecewa," kata Encik Martin.

China pula membuat perbandingan antara pencerobohan bangunan Capitol oleh penyokong Presiden Trump dan protes pro-demokrasi yang sering berlaku di Hong Kong tahun lalu, tetapi menekankan bahawa tidak ada yang mati ketika para penunjuk perasaan mengambil alih bangunan badan perundangan di bandar yang ditadbir China itu.

Klip adegan huru-hara dari Washington ditayangkan berulang kali di televisyen negara China.

Jurucakap Kementerian Luar China, Cik Hua Chunying memberitahu taklimat harian bahawa biarpun peristiwa di Hong Kong pada 2019, ketika badan perundangan kota itu diserbu, lebih "teruk" daripada yang apa berlaku di Washington kelmarin, "tidak seorang pun penunjuk perasaan yang terkorban".

Hubungan antara Beijing dan Washington semakin buruk dalam beberapa dekad ekoran pelbagai pertikaian, termasuk perdagangan dan tindakan keras China terhadap Hong Kong.

Polis di Washington mengatakan empat orang mati dan 52 ditangkap setelah penyokong Trump menyerbu bangunan Ca``pitol dalam usaha untuk menghentikan Kongres mengesahkan kemenangan pilihan raya Presiden dipilih Joe Biden.

"Kami juga berharap agar rakyat AS dapat menikmati keamanan, kestabilan dan keamanan secepat mungkin," kata Cik Hua. - AFP, ST

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg