Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Peminat K-Pop kutuk tindakan Jawi keterlaluan

Jan 16, 2015 | 05:25 PM



KUALA LUMPUR: Peminat K-Pop Malaysia mengutuk ancaman yang dibuat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) untuk memberkas beberapa gadis Melayu bertudung yang dipeluk dan dicium anggota artis K-Pop, B1A4, dan berkata tindakan Jawi itu adalah keterlaluan.


Mereka berkata tindakan Jawi yang mahu mengambil tindakan terhadap penganjur konsert B1A4 itu tidak wajar kerana artis K-Pop itu tidak boleh dipersalahkan dengan apa yang berlaku sewaktu konsert, lapor Malaysian Insider hari ini.


Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha, sebelum ini berkata perbuatan beberapa gadis Melayu bertudung dipeluk dan dicium oleh anggota artis K-Pop, B1A4, adalah sesuatu yang sangat memalukan rakyat Malaysia terutamanya umat Islam di negara ini.


"Gadis Melayu yang terbabit dalam insiden itu dilihat terlalu obses terhadap artis K-Pop berkenaan, perlakuan tidak senonoh di khalayak ramai sememangnya boleh dijangka apabila penganjur konsert tidak memberi perhatian serius mengenai kesan baik dan buruk acara hiburan itu," katanya.


Seorang peminat, yang mahu dikenali sebagai Farah, berkata artis B1A4 meminta izin daripada gadis Melayu itu sebelum meneruskan "parodi" berdasarkan drama Korea.


"Bukan mereka (B1A4) tidak tahu mengenai budaya Malaysia, kerana mereka telah dimaklumkan pihak penganjur, itulah sebabnya mengapa kumpulan itu meminta izin dahulu sebelum meneruskan perbuatan itu dan kesemua lima gadis bersetuju," jelasnya lagi.


Beliau melahirkan rasa kecewa dengan tuduhan terhadap kumpulan K-Pop mencabuli gadis-gadis Melayu itu, sambil menambah bahawa bukan sahaja tuduhan itu tidak adil, tetapi tidak mencerminkan apa yang sebenarnya berlaku pada malam itu.


Seorang lagi peminat, yang memberi namanya sebagai Siti, berkata ramai peminat K-Pop juga telah menyelar reaksi kepada kejadian gadis Melayu dipeluk, dan menuduh pihak berkuasa mengamalkan dwistandard.


"Perkara ini menjejas semua peminat K-Pop, mereka berkata kita tidak rasional, tetapi apabila pihak lain melakukan perkara yang sama, tiada tindakan diambil," jelasnya lagi.


"Bagi saya, apa yang berlaku adalah salah... apa yang dilakukan (gadis Melayu) itu adalah salah.. tetapi pihak berkuasa tidak boleh melihatnya dari satu sudut sahaja, mereka perlu melihat semua sudut seperti drama televisyen, adengan pelukan, kenapa tiada tindakan diambil?" kata Siti, dari Sabah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >