Pemindahan keluar dari Afghanistan diharap selesai jelang akhir bulan: Biden

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pemindahan keluar dari Afghanistan diharap selesai jelang akhir bulan: Biden

Aug 24, 2021 | 5:30 AM

Pemindahan keluar dari Afghanistan diharap selesai jelang akhir bulan: Biden

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
MASIH TUNGGU UNTUK TINGGALKAN NEGERI: Rakyat Afghanistan di luar bahagian lapangan terbang di Kabul yang dikawal tentera asing, menunggu hingga larut malam untuk keluar dari negara itu. - Foto AFP SITUASI KRITIKAL: Encik Joe Biden memaklumkan, kira-kira 15,000 warga AS perlu dibawa keluar dari Afghanistan. - Foto EPA
MASIH TUNGGU UNTUK TINGGALKAN NEGERI: Rakyat Afghanistan di luar bahagian lapangan terbang di Kabul yang dikawal tentera asing, menunggu hingga larut malam untuk keluar dari negara itu. - Foto AFP SITUASI KRITIKAL: Encik Joe Biden memaklumkan, kira-kira 15,000 warga AS perlu dibawa keluar dari Afghanistan. - Foto EPA -

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS) Joe Biden masih berharap pemindahan keluar dari Afghanistan dapat diselesaikan menjelang akhir bulan ini.

Namun, beliau memberi amaran mengenai potensi serangan kumpulan tertentu ke atas lapangan terbang yang dipenuhi orang ramai di Kabul.

Encik Biden berkata, beliau menyasarkan proses itu selesai menjelang 31 Ogos ini, iaitu tarikh yang dipersetujui bersama kumpulan Taleban.

"Diharap kita tidak perlu melanjutkannya. Kita akan meneliti apa yang boleh dilakukan," katanya kepada pemberita di Rumah Putih semalam ketika mengulas permintaan pemimpin asing supaya tempoh itu dilanjutkan.

Semalam, Rumah Putih memaklumkan bahawa sejak seminggu lalu selepas Taleban menguasai Kabul dan sekali gus Afghanistan, AS telah membawa keluar serta membantu pemindahan kira-kira 30,300 orang dengan menggunakan pesawat tentera dan pasukan gabungan.

Encik Biden mengaku situasi kritikal yang menyaksikan orang ramai berasak di lapangan terbang dalam usaha terdesak untuk melarikan diri daripada penguasaan Taleban, namun menegaskan bahawa kemelut itu terpaksa dihadapi.

"Tidak ada jalan untuk membawa keluar sebegitu ramai orang tanpa keadaan meruntun hati, keperitan dan kehilangan yang anda lihat," katanya.

Beliau turut memberi amaran mengenai ancaman berterusan oleh kumpulan pejuang dikenali sebagai ISIS-K, ketika menjelaskan sebab pegawai AS berusaha menyelesaikan misi itu secepat mungkin.

Dalam pada itu, beliau sekali lagi mempertahankan keputusan yang disifatkannya sebagai 'sukar tetapi perlu' untuk memindahkan rakyat AS keluar dari Afghanistan dengan segera.

"Bilakah kita akan meninggalkan Afghanistan jika tidak melakukannya sekarang?" katanya.

Encik Biden memaklumkan, kira-kira 15,000 warga AS perlu dibawa keluar dari Afghanistan.

Selain itu, katanya, pihak pentadbiran juga mahu membawa sekurang-kurangnya 50,000 sekutu daripada kalangan warga Afghanistan bersama ahli keluarga untuk keluar dari negara itu.

Sejumlah syarikat penerbangan utama akan membantu usaha membawa keluar puluhan ribu rakyat AS bersama warga negara lain serta Afghanistan, ketika kekacauan semakin memuncak di sekitar lapangan terbang di Kabul selepas Taleban menguasai negara ini.

Setiausaha Pertahanan AS, Lloyd Austin, mengaktifkan Armada Udara Simpanan Awam (CRAF) yang jarang digunakan, bagi membantu pemindahan mereka yang tiba dari Kabul di pangkalan Washington sekitar Asia Barat, menurut Pentagon.

"Kami akan berusaha sedaya upaya untuk membawa keluar seramai mungkin orang," kata Encik Austin dalam satu wawancara dengan ABC. - Agensi berita

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg