Penasihat Mahathir gesa firma berkaitan keluarga diraja Johor disiasat
Premium
Penasihat Mahathir gesa firma berkaitan keluarga diraja Johor disiasat
A. Kadir Jasin gesa siasatan dijalankan berkaitan cukai yang dibayar Mados Sdn Bhd
May 8, 2019 | 5:30 AM
SASAR KELUARGA DIRAJA: Datuk A. Kadir Jasin berkata Ketua Polis Negara baru Datuk Seri Abdul Hamid Bador perlu membuka semula kertas siasatan ke atas Mados Sdn Bhd, "yang telah dibekukan" dan "tertutup" tetapi tidak memberi perincian lanjut. - Foto A KADIR JASIN/FACEBOOK -
PETALING JAYA: Penasihat media perdana menteri, Datuk A Kadir Jasin, menggesa polis dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) supaya menyiasat cukai yang dibayar oleh Mados Sdn Bhd, sebuah syarikat yang dipercayai mempunyai kaitan dengan keluarga diraja Johor.
Beliau berkata Ketua Polis Negara baru Datuk Seri Abdul Hamid Bador perlu membuka semula kertas siasatan "yang telah dibekukan" dan "tertutup" tetapi tidak memberikan perincian lanjut.

