Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pencabulan hak asasi manusia yang serius pada masa lampau: Jokowi lahir rasa kesal

Jan 25, 2023 | 05:30 AM



JAKARTA: Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, melahirkan rasa kekesalan yang mendalam atas pencabulan hak asasi manusia yang serius pada masa lampau pasca penjajahan Indonesia.



Ini termasuk kejadian pembunuhan besar-besaran anggota komunis dan mereka yang disyaki bersimpati kepada kumpulan itu yang berlaku pada pertengahan 1960-an.



Sekurang-kurangnya 500,000 orang maut dalam kejadian berdarah itu, menurut anggaran beberapa ahli sejarah dan aktivis, dalam keganasan yang bermula pada akhir 1965 apabila tentera melancarkan pembersihan komunis yang mereka dakwa mahu merancang rampasan kuasa.



Selain itu, sejuta atau lebih orang telah dipenjarakan, kerana disyaki sebagai anggota komunis, semasa tindakan keras itu.



Di penghujung tindakan itu, pada 1967, Jeneral Suharto menggulingkan Presiden Sukarno, pemimpin kemerdekaan Indonesia, dan kemudiannya memerintah negara majoriti Muslim terbesar di dunia selama tiga dekad.



Presiden Widodo, yang lebih dikenali sebagai Encik Jokowi, baru-baru ini menerima laporan daripada pasukan yang ditugaskannya tahun lalu untuk menyiasat sejarah berdarah Indonesia, setelah berjanji untuk mendalami isu itu apabila beliau mula berkuasa pada 2014.



Beliau memetik 11 insiden pencabulan hak manusia yang lain, merangkumi tempoh antara 1965 dengan 2003.



Ini termasuk pembunuhan dan penculikan pelajar yang dipersalahkan terhadap pasukan keselamatan semasa bantahan terhadap pemerintahan autokratik Presiden Suharto pada akhir 1990-an.



"Saya sebagai ketua negara mengakui bahawa terdapat pelanggaran hak asasi manusia yang serius yang berlaku dalam banyak kejadian," kata Encik Jokowi.



"Dan saya amat kesal kerana pelanggaran itu berlaku."



Terdapat juga kira-kira 1,200 orang yang terbunuh semasa rusuhan pada 1998, yang menyasarkan masyarakat Cina, minoriti yang kadangkala dibenci kerana tanggapan mengenai kekayaan mereka.



Encik Jokowi berkata pemerintahnya akan berusaha untuk memulihkan hak mangsa "secara adil dan bijaksana tanpa menafikan resolusi kehakiman", walaupun beliau tidak menyatakan caranya.



Beliau juga menyebut pencabulan hak asasi di wilayah bergolak Papua dan semasa pemberontakan berlaku di wilayah Aceh.



Mangsa, saudara-mara dan kumpulan hak asasi manusia telah mempersoalkan sama ada pentadbiran Jokowi serius untuk meminta sesiapa dipertanggungjawabkan atas kekejaman masa lalu.



Aktivis hak asasi menekankan bahawa Pejabat Peguam Negara, yang ditugaskan untuk menyiasat pelanggaran hak, sering mengenepikan kes sedemikian.



"Bagi saya...apa yang penting ialah presiden memberi jaminan bahawa pencabulan hak asasi yang serius tidak akan berlaku pada masa hadapan dengan membicarakan pesalah yang disyaki di mahkamah," kata pesara penjawat awam, Cik Maria Catarina Sumarsih, yang anaknya Wawan ditembak mati pada 1998 semasa membantu pelajar yang cedera.



Encik Usman Hamid dari Amnesty International berkata mangsa sepatutnya menerima ganti rugi, dengan jenayah berat masa lalu perlu diselesaikan "melalui cara kehakiman".



Encik Winarso, penyelaras kumpulan yang menjaga mangsa yang terselamat dalam pertumpahan darah 1965, berkata walaupun pengakuan presiden itu tidak mencukupi, ia boleh membuka ruang bagi perbincangan mengenai pembunuhan beramai-ramai itu.



"Jika Presiden Jokowi serius mengenai pencabulan hak asasi manusia yang lalu, beliau harus terlebih dahulu mengarahkan usaha pemerintah untuk menyiasat pembunuhan beramai-ramai ini, untuk mendokumentasikan kubur besar-besaran, dan untuk mencari keluarga mereka, untuk memadankan kubur dan keluarga mereka, serta menubuhkan suruhanjaya untuk memutuskan apa yang perlu dilakukan seterusnya," kata Encik Andreas Harsono, penyelidik Indonesia di Human Rights Watch.



Pentadbiran Jokowi telah berdepan kritikan mengenai komitmennya terhadap hak asasi manusia selepas parlimen Indonesia mengesahkan kanun jenayah kontroversi bulan lalu yang dianggap pengkritik sebagai menjejas kebebasan sivil. - Reuters.




“Saya sebagai ketua negara mengakui bahawa terdapat pelanggaran hak asasi manusia yang serius yang berlaku dalam banyak kejadian... Dan saya amat kesal kerana pelanggaran itu berlaku.”
- Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >