Pencari MH370 harus bersedia hadapi kegagalan: Ketua operasi mencari

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pencari MH370 harus bersedia hadapi kegagalan: Ketua operasi mencari

May 17, 2016 | 12:42 PM

Pencari MH370 harus bersedia hadapi kegagalan: Ketua operasi mencari

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Seorang anggota Pengawal Pantai Jepun memeriksa untuk mengesan serpihan pesawat Malaysia Airlines MH370 pada 1 April 2014.
Seorang anggota Pengawal Pantai Jepun memeriksa untuk mengesan serpihan pesawat Malaysia Airlines MH370 pada 1 April 2014. - AFP

SYDNEY: Peluang menemui pesawat Malaysia Airlines MH370 semakin pudar dan para pencari harus bersedia menghadapi kegagalan, ketua pasukan penyiasat Australia memberitahu akhbar Guardian.

Dengan tinggal kira-kira 15,000 km persegi daripada 120,000 km persegi kawasan carian di selatan Lautan Hindi belum diperiksa, "kemungkinan berjaya berkurangan", kata Encik Martin Dolan, Ketua Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB), dalam satu temu bual, lapor Guardian pada Selasa (17 Mei).

Apabila kumpulan Encik Dolan memulakan carian, nasihat terbaik yang diterima oleh para pakar ialah kemungkinan besar, "tetapi tidak pasti pesawat itu akan ditemui di kawasan ini", katanya, menurut akhbar itu.

Encik Dolan lebih yakin semasa satu temu bual Februari lalu, apabila beliau berkata beliau masih yakin dapat menemui bangkai pesawat tersebut.

Pesawat Boeing 777 itu hilang daripada radar pada 8 Mac 2014, dalam perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur. Tiada sebarang kesan mengenai nasib 239 orang dalam pesawat tersebut.

Encik Dolan memberitahu Guardian cuaca buruk boleh melewatkan carian itu ditamatkan - asalnya dijadualkan pada pertengahan tahun ini - sekurang-kurangnya sebulan.

ATSB berkata bulan ini bahawa serpihan enjin dan panel kabin dalaman yang ditemui secara berasingan pada Mac di Afrika Selatan dan Mauritius "hampir pasti" dari MH370. - Bloomberg

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg