WASHINGTON: Naib Presiden Amerika Syarikat Mike Pence menggunakan akaun e-mel peribadi bagi menjalankan perniagaan awam sebagai gabenor Indiana, menurut pejabatnya dalam satu kenyataan semalam.
Akaun e-mel peribadi itu pertama kali dilaporkan oleh Indianapolis Star, yang berkata Encik Pence menggunakannya beberapa kali untuk membincangkan perkara-perkara sensitif dan mengenai isu keselamatan dalam negeri.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg