Premium
Pence lawat Timur Tengah selepas tergendala bulan lalu
Jan 10, 2018 | 5:30 AM

ENCIK MIKE PENCE: Penyokong kuat keputusan Presiden Trump mengenai Baitulmakdis. - Foto REUTERS -
WASHINGTON: Naib Presiden Amerika Syarikat Mike Pence akan melawat Mesir, Jordan dan Israel dari 20 hingga 23 Januari, demikian umum Rumah Putih kelmarin, bagi memulakan lawatan yang awalnya dirancang bulan lalu selepas Presiden Donald Trump mengiktiraf Baitulmakdis sebagai ibu kota Israel.
Encik Pence akan mengadakan perbincangan dengan Presiden Mesir, Encik Abdel Fattah El-Sisi; Raja Abdullah dari Jordan; dan Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, kata Rumah Putih dalam satu kenyataan.

