Pencemaran sisa kimia di Pasir Gudang: Sultan Johor mahu pihak berkuasa periksa dua lagi sungai

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pencemaran sisa kimia di Pasir Gudang: Sultan Johor mahu pihak berkuasa periksa dua lagi sungai

Mar 25, 2019 | 2:55 PM

Pencemaran sisa kimia di Pasir Gudang: Sultan Johor mahu pihak berkuasa periksa dua lagi sungai

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
PENCEMARAN KIMIA: Pegawai khidmat kecemasan membersihkan Sungai Kim Kim di Pasir Gudang pada 14 Mac 2019.
PENCEMARAN KIMIA: Pegawai khidmat kecemasan membersihkan Sungai Kim Kim di Pasir Gudang pada 14 Mac 2019. - FOTO EPA-EFE

JOHOR BARU: Selepas kejadian pembuangan kimia di Sungai Kim Kim, Sungai Kim Kim, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar, mahu pihak berkuasa menyiasat dua lagi sungai yang turut tercemar.

Sultan Ibrahim ingin pihak berkuasa menyiasat pencemaran di Sungai Ulu Benut dan Sungai Machap di Simpang Renggam yang telah menyebabkan kematian banyak ikan.

Sultan Ibrahim mahu pihak berkuasa menjalankan siasatan yang teliti bagi mengelak kejadian di Sungai Kim Kim berulang lagi.

Menerusi kenyataan di laman Facebook Sultan Ibrahim hari ini (25 Mac), beliau juga berkata mahu pihak berkuasa yang berkaitan segera mengemukakan laporan berhubung pencemaran itu.

"Ini satu perbuatan yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Sebelum ini, dua pengarah dan seorang pemandu lori syarikat memproses tayar terpakai telah didakwa di sebuah Mahkamah Sesyen di Johor Bahru kerana terlibat dengan pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim.

Mereka ialah warga Singapura, Wang Jin Chao, 34 tahun; serta dua warga Malaysia â Yap Yoke Liang, 36 tahun, dan N. Maridass, 35 tahun. -THE STAR/ASIA NEWS NETWORK

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg