Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pencemaran sisa kimia di Pasir Gudang: Warga Singapura antara 3 yang didakwa

Mar 24, 2019 | 5:19 PM
PENCEMARAN KIMIA: Pegawai khidmat kecemasan membersihkan Sungai Kim Kim di Pasir Gudang pada 14 Mac 2019.
PENCEMARAN KIMIA: Pegawai khidmat kecemasan membersihkan Sungai Kim Kim di Pasir Gudang pada 14 Mac 2019. - Foto EPA-EFE

JOHOR BARU: Dua pengarah dan seorang pemandu lori syarikat memproses tayar terpakai didakwa di sebuah Mahkamah Sesyen di sini kerana terlibat dengan pembuangan sisa kimia di Sungai Kim Kim di Pasir Gudang.

Mereka ialah warga Singapura, Wang Jin Chao, 34 tahun; serta dua warga Malaysia - Yap Yoke Liang, 36 tahun, dan N. Maridass, 35 tahun.

Menurut kertas pertuduhan, pemandu lori Maridass didakwa membuang kimia itu di Sungai Kim Kim secara terlarang pada 7 Mac.

Wang dan Yap dituduh bersubahat dengannya.

Ketiga-tiga mereka tidak mengaku bersalah apabila kertas pertuduhan itu dibentangkan di mahkamah hari ini (24 Mac).

Difahamkan, mereka akan menghadapi lebih banyak tuduhan menyusuli kejadian di Sungai Kim Kim yang menjejas ribuan orang itu. -THE STAR/ASIA NEWS NETWORK

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg