Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pendaki Malaysia dihempap tembok semasa gempa bumi di Lombok

Jul 30, 2018 | 12:40 PM
GEMPA BUMI: Penduduk melihat sebuah rumah yang runtuh akibat gempa bumi di Lombok pada 29 Julai 2018.
GEMPA BUMI: Penduduk melihat sebuah rumah yang runtuh akibat gempa bumi di Lombok pada 29 Julai 2018. - FOTO AFP

PETALING JAYA: Beberapa jam sebelum Cik Siti Nur Ismawida Ismail terkorban akibat gempa bumi yang melanda Lombok semalam (29 Julai), beliau telah berjaya mendaki Gunung Rinjani, gunung berapi kedua tertinggi di Indonesia.

Malah, gadis berusia 30 tahun dari Melaka itu turut merakam detik tersebut dengan gambar dirinya di puncak gunung tersebut.

Menurut laporan media, Cik Siti Nur Ismawida dihempap tembok di tempat penginapannya di Lombok.

Beliau meninggal dunia sekitar 8 pagi setibanya di sebuah klinik tempatan.

Kementerian Ehwal Luar Malaysia turut mengesahkan bahawa seorang warga Malaysia meninggal dunia dan enam lagi warga negara itu pula cedera akibat gempa bumi sekuat 6.4 pada skala Richter itu yang melanda pada 6.47 pagi (waktu Lombok sama dengan waktu Singapura) ketika ramai orang masih tidur. - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg