Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pendakwa Belanda tidak akan kemuka rayuan berkaitan kes pesawat MH17

Ini bermakna kes pesawat yang ditembak jatuh di Ukraine pada 2014 sudah berakhir meski suspek masih bebas
Dec 3, 2022 | 5:30 AM
SEMUA TERKORBAN: Pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh ketika ia terbang melintasi timur Ukraine dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, pada 17 Julai 2014. Kesemua 298 orang yang berada dalam pesawat yang nahas itu terbunuh. - Foto fail
SEMUA TERKORBAN: Pesawat Malaysia Airlines MH17 ditembak jatuh ketika ia terbang melintasi timur Ukraine dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, pada 17 Julai 2014. Kesemua 298 orang yang berada dalam pesawat yang nahas itu terbunuh. - Foto fail -

AMSTERDAM: Pendakwa raya Belanda berkata mereka tidak akan memfailkan rayuan berhubung keputusan dalam perbicaraan kes pesawat MH17 yang ditembak jatuh pada 2014, di timur Ukraine.

Dengan itu bermakna, keputusan sudah muktamad walaupun ada lagi suspek yang masih bebas.

Sebuah mahkamah di Belanda, pada bulan lalu, telah mensabitkan kesalahan tiga lelaki dan menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup kerana menembak jatuh pesawat Malaysia ketika ia terbang melintasi timur Ukraine dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur, pada 17 Julai 2014.

Kesemua 298 orang yang berada dalam pesawat yang nahas itu terbunuh.

Mereka adalah dari 10 negara berlainan - 196 daripada mereka adalah warga Belanda.

Tiga orang yang disabitkan kesalahan itu adalah bekas ejen risik Russia, Igor Girkin dan Sergey Dubinskiy, dan Leonid Kharchenko, seorang pemimpin pemisah Ukraine.

Ketiga-tiga mereka itu didapati telah membantu mengatur pengiriman ke Ukraine, sistem peluru berpandu BUK kepada tentera Russia, dan menggunakannya untuk menembak jatuh pesawat berkenaan.

Bagaimanapun, mereka bukan sebenarnya orang yang melakukan tembakan.

Ketiga-tiga mereka juga adalah pelarian dan dipercayai berada di Russia.

Orang keempat, yang disyaki, adalah warga Russia bernama Oleg Pulatov, telah dibebaskan atas semua tuduhan.

Pendakwa raya berkata kelmarin, mereka berpuas hati dengan kejelasan kes itu yang telah disampaikan kepada saudara-mara mangsa, tentang apa yang telah berlaku keatas pesawat MH17 itu.

Sejumlah 43 warga Malaysia adalah di antara 298 penumpang dan anak kapal yang menaiki pesawat Malaysia Airlines (MAS) itu.

Mayat mangsa-mangsa yang dapat ditemui telah dibawa pulang untuk dimakamkan di Malaysia.

Malaysia turut dalam prosiding melalui Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO), mengambil tindakan undang-undang bersama pemerintah Australia dan Belanda. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg