Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pendakwa gulung kes rasuah Rosmah

Dec 12, 2020 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Selepas 23 saksi dipanggil memberi keterangan, pihak pendakwa dalam kes rasuah Rosmah Mansor menutup kesnya terhadap isteri bekas perdana menteri itu semalam.



Perbicaraan terhadap Rosmah itu berkaitan satu pertuduhan meminta RM187.5 juta ($62.5 juta) dan dua pertuduhan menerima suapan berjumlah RM6.5 juta daripada bekas Pengarah Urusan Jepak Holdings, Encik Saidi Abang Samsudin.



Tuduhan itu membabitkan penyelewengan dana bagi projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di 369 sekolah luar bandar di Sarawak.



Menurut laman media Malaysiakini, perbicaraan yang bermula sejak 5 Februari itu mengemukakan 23 saksi sepanjang 33 hari sesi perbicaraan.



Pihak pendakwa menutup kesnya selepas bekas menteri pendidikan Mahdzir Khalid, yang merupakan saksi pendakwaan kelima, dipanggil semula bagi pemeriksaan balas.



Hakim Mohamed Zaini Mazlan kemudian mengarah pasukan peguam bela menyerahkan hujah bertulis sebelum 28 Disember.



Sementara, pihak pendakwa akan mengemukakan hujah bertulis sebelum 4 Januari 2021.



Hakim juga menetapkan 10 Februari depan untuk mendengar hujah lisan pendakwaan dan pembelaan.



Rosmah, 69 tahun, diwakili barisan peguam diketuai Jagjit Singh, sementara bekas hakim mahkamah tinggi Gopal Sri Ram mengetuai pihak pendakwa.



Dia didakwa menerima suapan, menerusi bekas pegawai khasnya Rizal Mansor, sebagai upah membantu Jepak Holdings memperoleh Projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid, serta Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel bagi 369 sekolah luar bandar Sarawak, bernilai RM1.25 bilion secara rundingan terus daripada Kementerian Pendidikan.



Pada 15 November 2018, Rosmah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas dua pertuduhan meminta rasuah wang tunai RM187.5 juta dan menerima RM1.5 juta berhubung projek pembekalan dan pemasangan tenaga solar di sekolah luar bandar di Sarawak itu.



Bagi pertuduhan pertama, dia didakwa meminta suapan untuk dirinya sendiri RM187.5 juta, yang dibuat melalui Rizal, iaitu 15 peratus nilai kontrak daripada Encik Saidi.



Bagi pertuduhan kedua, Rosmah didakwa menerima rasuah berjumlah RM1.5 juta daripada Encik Saidi sebagai upah membantu Jejak Holdings mendapatkan projek itu pada 7 September 2017.



Jika disabit kesalahan, Rosmah boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana yang lebih tinggi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >