Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pendakwa raya: Trump 'ketua penghasut' rusuhan di Capitol

Feb 12, 2021 | 5:30 AM
BEKAS PRESIDEN AMERIKA SYARIKAT: Encik Donald Trump, 75 tahun, hadapi pendakwaan Senat kerana mencetuskan rusuhan di Bangunan Capitol yang berlaku pada 6 Januari lalu. - Foto REUTERS
BEKAS PRESIDEN AMERIKA SYARIKAT: Encik Donald Trump, 75 tahun, hadapi pendakwaan Senat kerana mencetuskan rusuhan di Bangunan Capitol yang berlaku pada 6 Januari lalu. - Foto REUTERS -

WASHINGTON: Pendakwa Raya Demokrat memberitahu Dewan Senat pada prosiding salah laku semalam bahawa Encik Donald Trump menghabiskan masa berminggu-minggu mengapi-apikan penyokongnya dengan menyatakan pilihan raya November lalu adalah satu penipuan.

Ketua Pendakwa Raya, Encik Jamie Raskin, berkata Encik Trump kemudian menjadi ketua penghasut dalam rusuhan berdarah di Bangunan Capitol Amerika Syarikat pada 6 Januari lalu.

Encik Raskin memulakan hujahannya dengan berkata, Encik Trump yang masih lagi presiden ketika itu mempunyai kuasa untuk menghentikan perusuh dan menghalang kejadian itu.

"Sebaliknya beliau mencurah api ke dalam minyak dengan 'ceritanya' yang tidak pernah mengaku kalah dalam pilihan raya dan terus melawan bagi menghalang keputusan itu daripada disahkan.

"Bukti akan menunjukkan mantan presiden Trump bukan orang yang tidak bersalah yang sekadar menjadi pemerhati... daripada ketua komander, Trump bertukar peranannya sebagai ketua penghasut dalam rusuhan itu.

"Ketika kekerasan itu menjadi tidak terkawal seperti yang diramalkan, dan menjerumuskan Dewan Perwakilan ke dalam kekacauan, kami akan menunjukkan kepada anda bahawa beliau sepenuhnya melepaskan tugasnya sebagai komander utama untuk menghentikan kekerasan dan melindungi pemerintah," katanya.

Encik Raskin berkata demikian di hadapan 100 senator yang bertindak sebagai juri dalam prosiding salah laku kali kedua terhadap Encik Trump - sesuatu yang belum pernah berlaku sebelum ini.

Mensabitkan Encik Trump adalah satu tugas berat kerana Senat berpecah kepada 50:50 dan dua pertiga undi diperlukan untuk mendapatinya bersalah, bermakna ia memerlukan 17 ahli Republikan yang berpaling tadah dan bergabung dengan Demokrat untuk mendapatkan sabitan.

Selasa lalu, hanya enam anggota Senat Republikan menyertai Demokrat yang memutuskan bahawa perbicaraan itu adalah berperlembagaan dan boleh diteruskan.

Pasukan Demokrat mempunyai dua hari untuk mengemukakan kes mereka, dan mereka sudah menggunakan rakaman video mengenai serangan itu dan juga ucapan Trump pada 6 Januari di Rumah Putih.

Pasukan peguambela Encik Trump pula sebelum ini menolak pendakwaan dan langkah menyabitkan mantan presiden Amerika itu dengan rusuhan di Bangunan Capitol, menyatakan terdapat kecacatan dari segi perlembagaan dan adalah tidak masuk akal untuk menuduh beliau bertanggungjawab di atas insiden rusuhan itu. - AFP.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg