Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pendakwah Bangladesh keluarkan fatwa tentang emoji 'haha' di Facebook

Jun 24, 2021 | 1:31 AM
Foto DREAMSTIME.COM
Foto DREAMSTIME.COM -

DHAKA: Seorang pendakwah terkenal di Bangladesh dengan ramai pengikut telah mengemukakan fatwa bagi menentang golongan yang menggunakan emoji 'haha' di Facebook bagi mempersenda orang lain.

Encik Ahmadullah mempunyai tiga juta pengikut di Facebook dan YouTube serta sering muncul di rancangan televisyen bagi membincangkan isu keagamaan di dalam negara yang majoritinya beragama Islam.

Pada Sabtu (19 Jun) lalu, beliau memuatnaikkan pos tiga minit di mana beliau membincangkan tentang mempersenda orang lain di Facebook dan mengeluarkan fatwa yang menjelaskan bagaimana perbuatan ini dilarang dan dianggap haram buat orang Islam.

"Sekarang ini kita gunakan emoji 'haha' di Facebook untuk mempersenda orang. Jika kita memberi tindak balas dengan emoji 'haha' seikhlasnya hanya untuk berhibur dan itu juga menjadi niat orang yang memuatnaikkan kandungan sebegitu di media sosial, ia tidak menjadi masalah.

"Namun, jika reaksi anda sengaja untuk mempersenda orang yang memuatnaikkan pos itu atau membuat komen di media sosial, ia sangat dilarang dalam Islam," tambahnya.

Beliau meminta pengikutnya agar mengelakkan daripada melakukan tindakan demikian.

"Jangan beri reaksi 'haha' bagi mempersenda seseorang. Jika anda menyakiti perasaan seorang Muslim yang lain, dia mungkin akan menyahut dengan bahasa kesat yang tidak disangka-sangka," pesannya.

Ribuan pengikutnya memberikan reaksi pada video itu, kebanyakannya secara positif, walaupun ratusan ikut berjenaka mengenainya dengan menggunakan emoji 'haha' yang dimaksudkan.

Encik Ahmadullah adalah antara barisan baru pendakwah Islam mesra Internet yang menarik jutaan pengikut dalam talian.

Ulasan mereka tentang isu agama dan sosial sangat popular, menarik jutaan tontonan bagi setiap video.

Beberapa orang daripada mereka pula dikenali tetapi secara negatif kerana memberi pandangan tentang asal-usul koronavirus. Ada juga yang dituduh membakar rasa benci tetapi beberapa pendakwah lain berubah menjadi selebriti kerana video lucu mereka. - AFP

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg