Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pendakwah Dr Zakir Naik melampaui batas: Mahathir

Aug 19, 2019 | 09:50 AM



KUALA LUMPUR - PENDAKWAH kontroversil Dr Zakir Naik melampaui batas apabila beliau menyentuh tentang politik perkauman, dan membangkitkan ketegangan antara kaum di Malaysia, kata Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad. 



Tun Dr Mahathir berkata beliau tidak pasti siapa yang telah memberikan pendakwah Islam kelahiran India itu status penduduk tetap di Malaysia.



Menurut beliau, mereka yang memegang status penduduk tetap tidak boleh menyertai politik di negara itu.



Dr Zakir telah diberi status penduduk tetap oleh bekas pentadbir Malaysia, Barisan Nasional.



"Guru-guru agama dibenarkan berdakwah, namun beliau (Dr Zakir) tidak berbuat demikian. Beliau bercakap tentang menghantar orang Cina kembali ke Cina dan orang India kembali ke India. Ini merupakan satu isu politik," kata Dr Mahathir dalam satu sidang akhbar selepas melancarkan Kongres Statistik Dunia Institusi Statistik Dunia 2019 yang ke-62 pada Ahad (18 Ogos).



Turut dilaporkan bahawa Pulau Pinang, Perlis, Kedah dan Sarawak telah mengharamkan Dr Zakir daripada bercakap depan khalayak umum di negeri mereka.



Dr Mahathir berkata kerajaan Malaysia sangat berhati-hati mengenai cara ia membicarakan perkara-perkara yang sensitif kepada pelbagai komuniti di negara itu.



"Sekiranya anda mahu bercakap tentang agama, teruskan, ia dibenarkan. Kami tidak mahu menghalangnya berbuat demikian. Tetapi ia jelas bahawa beliau (Dr Zakir) ingin mengambil bahagian dalam politik perkauman di Malaysia. Kini, beliau telah mengaitkan perasaan perkauman. Ini satu hal yang buruk, "kata Dr Mahathir.



Oleh itu, menurut Dr Mahathir, pihak polis perlu menyiasat sama ada Dr Zakir telah menyebabkan ketegangan atau sebaliknya, - dan pada pendapatnya, sangat jelas beliau telah berbuat demikian.



Kedaulatan undang-undang akan dikenakan ke atas Dr Zakir jika beliau didakwa telah berdakwah tentang politik perkauman dan telah menimbulkan ketegangan kaum, kata Dr Mahathir.



Semasa satu ceramah agama di Kota Baru, Kelantan, pada 8 Ogos, sebagai tindak balas daripada seruan oleh sesetengah pihak yang ingin beliau dihantar balik ke negara asal, Dr Zakir berkata orang Cina di Malaysia sepatutnya "pulang" dahulu kerana mereka adalah "tetamu lama" di negara itu.



Sebelum ini, Dr Zakir telah berkata bahawa penganut agama Hindu di Malaysia lebih setia kepada Perdana Menteri India, Narendra Modi, daripada Dr Mahathir. -Agensi Berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >