Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pendakwah Indonesia dipenjara 4 tahun kerana sebar maklumat palsu Covid-19

Jun 24, 2021 | 08:51 PM



JAKARTA: Mahkamah Indonesia telah menjatuhkan hukuman penjara empat tahun kepada pendakwah Islam, Rizieq Shihab, pada Khamis (24 Jun) kerana menyebar maklumat palsu dalam video yang mengatakan dia sihat walaupun diuji positif Covid-19.



Keputusan mahkamah ini diumumkan selepas hukuman jel lapan bulan dikenakan kepada Rizieq, ketua Front Pembela Islam (FPI), bulan lalu, kerana melanggar undang-undang keselamatan koronavirus bagi beberapa acara besar-besaran termasuk majlis perkahwinan anak perempuannya yang dihadiri ribuan orang.



Pihak pendakwa telah meminta hukuman penjara enam tahun dikenakan dalam kes terkini selepas Rizieq yang didakwa menerusi video, memuatnaikkan klip video di saluran YouTube tentang hospital di mana dia dirawat bagi Covid-19.



Dalam satu siaran yang distrim, Hakim Khadwanto berkata Rizieq bersalah dalam mengumumkan maklumat palsu serta sengaja menimbulkan kekeliruan kepada orang awam.



Indonesia melepasi angka dua juta bagi kes Covid-19 pada Isnin (21 Jun) sedang pihak berkuasa mengumumkan sekatan yang lebih diperketat dalam mengekang penularan virus dalam negara keempat paling ramai di dunia ini.



Angka kematian Covid-19 di Indonesia pula sudah mencecah 55,594 kes.



Dalam pada itu, ratusan penyokong Rizieq berhimpun di luar mahkamah Jakarta Timur dalam keadaan tempat itu dikawal rapi polis. Beberapa keratan video menunjukkan beberapa perbalahan.



Sejurus selepas dikenakan hukuman, Rizieq memberitahu mahkamah dia menolak perintah mahkamah dan akan mempertandingkannya.



Penyokong Rizieq dan pasukan guamannya berkata kes ini didorong usaha politik bagi menutup mulut pendakwah itu yang mempunyai lautan pengikut serta lantang bersuara.



Dia kembali ke Indonesia tahun lalu selepas membuang dirinya sendiri ke Arab Saudi di mana dia juga telah melarikan diri setelah berdepan dengan tuduhan pornografi dan menghina ideologi negara, dua dakwaan yang kemudian digugurkan.



FPI menjadi lebih berpengaruh secara politik sejak akhir-akhir ini dan antara beberapa kumpulan keislaman yang mengadakan perhimpunan pada 2016 bagi menjatuhkan bekas gabenor beragama Kristian atas tuduhan meluahkan kata-kata menghina Islam.



Tunjuk perasaan besar-besaran itu menimbulkan keresahan yang meluap-luap dalam kalangan pemerintahan Presiden Joko Widodo mengenai ancaman keislaman yang dijangka berlaku. - Reuters



 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >