Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pendakwah kontroversial Indonesia Rizieq Shihab bebas penjara lebih awal

Jul 21, 2022 | 05:30 AM



JAKARTA: Ulama kontroversial Indonesia, Habib Rizieq Shihab, dibebaskan dari penjara dengan bersyarat semalam, setelah menjalani hukuman lebih setahun.



Pembebasan beliau dibuat lebih awal dari yang dijangka, menurut pengesahan seorang pegawai pemerintah.



Dikenali dengan pendirian tegar, pemimpin sebuah pertubuhan yang kini diharamkan, Front Pembela Islam (FPI), itu dijatuhi hukuman penjara empat tahun pada Jun tahun lalu bagi kesalahan melanggar undang-undang kuarantin Covid-19 dan menyebarkan berita palsu semasa pandemik.



Habib Rizieq didapati bersalah melanggar peraturan pengawalan Covid-19 dengan mengadakan dan menghadiri beberapa perhimpunan sedang pandemik itu memuncak, termasuk mengadakan majlis perkahwinan anak perempuannya.



Cik Rika Aprianti, seorang pegawai di jabatan penjara Indonesia, berkata dalam satu kenyataan bertulis semalam bahawa Habib Rizieq ditahan sejak Disember 2020 dan dengan itu layak dibebaskan dengan bersyarat.



Pembebasan beliau dibuat setelah semua keperluan "pentadbiran" dipenuhi," ujar beliau.



Habib Rizieq seorang tokoh politik polarisasi. Pendakwah terkenal itu dikatakan menghasut suatu perhimpunan raksasa untuk menyingkirkan gabenor Jakarta yang beragama Kristian, Encik Basuki Tjahaja Purnama.



Perhimpunan itu mencetuskan kebangkitan Islam di Indonesia, yang mengamalkan sistem politik sekular.



Selepas menghadapi tuduhan terlibat dengan filem lucah, Habib Rizieq melarikan diri ke Arab Saudi pada 2017. Penyokongnya menyifatkan tuduhan itu berbaur politik. Ia digugurkan apabila beliau pulang ke Indonesia pada 2020. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >