Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pendedah skandal seks Bill Clinton meninggal dunia

Apr 09, 2020 | 09:56 AM



WASHINGTON: Mantan pegawai seranta Pentagon, Cik Linda Tripp, yang rakam secara rahsia perbualan Cik Monica Lewinsky tentang hubungan seksnya dengan presiden Bill Clinton hingga beliau didakwa, telah meninggal dunia.



Cik Tripp berusia 70 tahun.



Mantan peguamnya, Encik Joseph Murtha, mengesahkan tentang kematian itu, dan media Amerika Syarikat menukil ahli keluarga mendiang sebagai menyatakan beliau meninggal akibat barah pankreatik. 



Cik Tripp merupakan pegawai ehwal awam di Jabatan Pertahanan Amerika apabila rakan sekerja Cik Lewinsky, yang bertugas sebagai kakitangan sementara pada pertengahan 1990, memberitahunya yang beliau punya hubungan seks rahsia dengan Encik Clinton di pejabat presiden itu.



Dalam perbualan yang dirakamkan secara rahsia, Cik Lewinsky berkata, mereka menjalin hubungan seks beberapa kali dan telah menyimpan sebuah pakaian berwarna biru yang ditandai dengan air mani Encik Clinton.



Cik Tripp kemudian membawa rakaman itu kepada pihak pendakwa raya bebas, Encik Ken Starr, yang menggunakan rakaman itu untuk meluaskan siasatan berasingan terhadap Encik Clinton. 



Encik Clinton mulanya menafikan hubungan tersebut, mengisytiharkan kepada Rumah Putih: "Saya tidak punya hubungan seks dengan wanita itu, Cik Lewinsky", tetapi rakaman Cik Tripp dan baju biru yang beliau minta Cik Lewinsky untuk menyimpannya sebagai satu "polisi insurans" telah membuka luas kes berkenaan.



Pada 1988, Encik Clinton telah didakwa oleh Dewan Perwakilan dan dibicarakan dalam Senat kerana berbohong dan menghalang keadilan. Beliau bagaimanapun dibebaskan. 



Hubungan itu menjadikan Cik Tripp dibenci penyokong Parti Demokratik dan Encik Clinton, tetapi dianggap wira oleh Republikan.



Cik Trip dalam satu wawancara pada 1999, hari Encik Clinton dibebaskan, menyatakan beliau tidak menyesal meskipun menerima beberapa ancaman. 



"Rakyat tidak tahu menahu... tidak tahu apa yang dihadapi oleh Monica," katanya kepada stesen media NBC. 



"Ia adalah sesuatu yang wajar saya lakukan kerana saya anggap ia tindakan patriotik," yang kemudian diberhentikan, memandangkan beliau adalah lantikan politik, semasa Encik Clinton melepaskan jawatan pada Januari 2001.



Setelah itu, Cik Tripp berpindah ke Middleburg, Virginia, membuka sebuah kedai menjual peralatan untuk Krismas, The Christmas Sleigh, bersama suami kedua, Dieter Rausch.



Cik Lewinsky bagaimanapun telah menyatakan, beliau berasa benar-benar diperdaya, menulis di Tweeter semalam, tentang pemergian Cik Tripp selepas berita tentang dirinya sakit tenat dilaporkan. 



"Apapun berlaku pada masa lalu, selepas mendapat tahu Linda Tripp sakit kuat, saya harap beliau sembuh. Saya tidak dapat bayangkan betapa sukarnya sekarang untuk keluarganya." - AFP. 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >