Penduduk alami kesukaran bernafas selepas serangan udara rejim Syria
Premium
Penduduk alami kesukaran bernafas selepas serangan udara rejim Syria
"Gas toksik" didakwa diguna dalam serangan di wilayah Idlib
Feb 6, 2018 | 5:30 AM

BAKAL CETUS KETEGANGAN BARU: Pesawat milik Russia ditembak jatuh oleh pemberontak berdekatan Idlib, Syria, pada Sabtu lalu. - Foto REUTERS -
BEIRUT: Lima orang dirawat kerana "lemas" kelmarin selepas serangan udara oleh rejim Syria di bandar barat laut Saraqeb, kata seorang pemerhati sambil menambah bahawa 10 orang awam terbunuh di wilayah selatan Idlib.
Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria yang berpusat di Britain melaporkan "bau busuk selepas helikopter rejim menyerang beberapa kawasan bandar di wilayah Idlib, menyebabkan lima orang awam menderita lemas".

