Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PILIHAN RAYA UMUM MALAYSIA

Penduduk Gombak berbelah bagi tentang Azmin

Ekoran peranannya dalam Langkah Sheraton pada Februari 2020
Nov 17, 2022 | 05:30 AM



KUALA LUMPUR: Semasa mengisytiharkan komitmennya untuk mempertingkat Gombak sekiranya beliau menang di kawasan Parlimen itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), calon Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Amirudin Shari, menyifatkan Ulu Klang sebagai kubu kuat pesaingnya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.



"Secara teori, kubu kuat (Datuk) Azmin adalah di Ulu Klang," ujarnya sebelum ini.



Namun, pengundi Gombak di kawasan itu memiliki tanggapan yang agak berbelah bagi tentang Datuk Azmin dan kesan Langkah Sheraton pada Februari 2020 undi mereka dalam PRU15 ini.



Datuk Azmin memainkan peranan utama dalam langkah politik itu, dengan beliau memimpin sekumpulan pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) keluar daripada parti itu untuk menyokong Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) yang meninggalkan PH untuk bekerjasama dengan Barisan Nasional (BN) dan merampas kuasa kerajaan persekutuan.



Bagi sesetengah pengundi Gombak, ini merupakan satu pengkhianatan besar.



Bagi Cik Lim Hsin I, seorang pelayan berusia 32 tahun, beliau amat terkesan lebih-lebih lagi kerana beliau mengundi Datuk Azmin semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14),



"Saya tiada rasa hormat buatnya," ujarnya sambil menambah Langkah Sheraton yang tidak dijangkanya itu mengejutkan beliau serta membuatnya rasa marah.



Keadaan itu merupakan antara faktor penentu utama apabila beliau keluar mengundi dalam PRU15 ini.



"Kita harus belajar daripada masa lalu dan episod ini mengingatkan saya supaya tidak mudah percaya orang macam ini," kata Cik Lim.



Seorang guru pesara yang tidak mahu mendedahkan namanya berkata beliau menaruh harapan tinggi pada Datuk Azmin, tetapi kini hilang semua keyakinan terhadapnya selepas Langkah Sheraton itu.



"Kejadian itu membuka mata saya kepada penipuan ahli politik licik yang agenda peribadi mereka adalah lebih penting berbanding kebajikan rakyat Malaysia," ujar warga emas berusia 69 tahun itu.



Namun, bagi sesetengah pengundi lain, tindakan Datuk Azmin tidak lebih daripada sekadar kekecohan politik yang sudah biasa berlaku di negara yang mempunyai skandal lebih besar.



"Bagi saya, ini satu langkah politik saja. Perkara ini biasanya berlaku dalam politik," ujar Encik Shahril Adnan.



Malah, tambahnya, tindakan seperti Langkah Sheraton itu sememangnya boleh dijangkakan daripada ahli politik di Malaysia.



Bagi sesetengah penduduk seperti Encik Shahril Anuar, 41 tahun, pula, status Datuk Azmin sebagai anak jati Gombak adalah antara kelebihan utamanya di kawasan Parlimen tersebut.



"Beliau berasal dari Gombak dan ibunya juga dari kawasan ini," ujar beliau, yang turut menyuarakan bahawa beliau lebih menggemari calon yang berasal dari kawasan itu sendiri.



Tambahnya, Datuk Azmin mempunyai hubungan dengan kawasan itu dan mempunyai sebab kukuh untuk menjaga kawasan tersebut dengan baik.



Lagipun, menurutnya, penyandang kerusi Parlimen Gombak itu telah menduduki kerusi Parlimen tersebut selama tiga penggal sejauh ini.



Walaupun tidak peduli tentang Langkah Sheraton pada Februari 2020, Encik Shahril Aznan berasakan bahawa Datuk Azmin telah membawa kebaikan kepada Gombak ketika beliau bersama PKR dahulu.



"Hakikatnya, Datuk Azmin seorang ahli politik," ujarnya. - Malay Mail.




APA KATA PENGUNDI



"Saya tiada rasa hormat buatnya. Kita harus belajar daripada masa lalu dan episod ini mengingatkan saya supaya tidak mudah percaya orang macam ini."
- Cik Lim Hsin I, seorang pelayan berusia 32 tahun.



"Bagi saya, ini satu langkah politik saja. Perkara ini biasanya berlaku dalam politik... Tindakan seperti Langkah Sheraton itu sememangnya boleh dijangkakan daripada ahli politik di Malaysia."

- Encik Shahril Adnan, penduduk Gombak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >