Penduduk Istanbul undi semula, ujian ke atas demokrasi Turkey, Presiden Erdogan
Premium
Penduduk Istanbul undi semula, ujian ke atas demokrasi Turkey, Presiden Erdogan
Jun 24, 2019 | 5:30 AM
BERDEPAN RISIKO: Kekalahan kedua di Istanbul mungkin akan memalukan Presiden Erdogan dan melemahkan cengkaman kuasanya. - Foto REUTERS -
ISTANBUL: Lebih 10 juta penduduk Istanbul mengundi semalam dalam ulangan pilihan raya yang menjadi referendum mengenai dasar Presiden Recep Tayyip Erdogan dan ujian demokrasi Turkey yang disifatkan sebagai kian lemah.
Dalam undian awal pada 31 Mac, pembangkang Parti Rakyat Republik (CHP) memperoleh kemenangan tipis atas Parti AK (AKP) Encik Erdogan di bandar terbesar Turkey.

