Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penduduk Jakarta gigih kekang penularan Covid-19 selepas tamat beraya

May 19, 2021 | 09:07 PM



JAKARTA: Warga Jakarta mula risaukan jiran tetangga yang pulang dari negeri asal mereka selepas cuti Hari Raya Aidilfitri, lantas mendesak mereka yang balik dari kampung ini disahkan bebas daripada virus Covid-19.



Kain rentang yang disembur dengan cat merah atau hitam kelihatan di beberapa kejiranan merata Jakarta dengan sesetengahnya lantang berkata, "Warga Kartini Tolak Pemudik-Balik Tanpa Swab Test Bebas Covid'.



Pihak berkuasa Indonesia sedang menangani peningkatan mendadak kes Covid-19 apabila sekitar 2.6 juta penduduk kembali ke kota utama serata Indonesia khususnya Jakarta. Kebanyakan daripada mereka memintas larangan pada tradisi mudik atau balik kampung jauh sebelum Lebaran disambut. Larangan berkuat kuasa dari 6 hingga 17 Mei.



Penduduk desa Kartini di wilayah sampingan Sawah Besar, Jakarta Pusat, Encik Ongis Firman, 43 tahun, berkata beliau dan jirannya mengambil keputusan menyiapkan kain rentang bagi meluahkan pandangan mereka tentang penduduk yang diuji positif koronavirus agar dilarang balik semula ke kediaman mereka di situ.



Kejiranan ini disahkan zon risiko tinggi atau zon merah selama beberapa bulan pada penghujung tahun lalu setelah seperlima daripada 150 penduduknya dijangkiti Covid-19. Tiada jangkitan baru dilaporkan sejak awal tahun ini menyusuli usaha bersama meningkatkan kesedaran masyarakat tentang pandemik ini dan bagi memastikan protokol kesihatan dipatuhi seperti mengelakkan daripada berhimpun beramai-ramai.



"Walaupun dilarang (mengenai mudik), mereka tetap balik kampung, berani mengatasi sekatan jalan raya dan melanggar undang-undang," kata Encik Ongis, bapa tiga anak kepada akhbar The Straits Times.



"Apabila mereka dapat pulang, kami pula berusaha memastikan mereka jangan sampai sebar virus kepada kami," katanya.



Di desa lain, Gunung Sahari Utara, Encik Dicky Rahman dan jirannya juga menayangkan kain rentang yang sama kerana prihatin dengan kembalinya 100 jiran lain.



"Kami takut jika ada peningkatan kes pada masa di mana situasi di Jakarta agak selamat. Orang-orang ini harus duduk di rumah dahulu dan tidak pulang semula ke sini. Tetapi, kami tidak dapat melarang mereka daripada pulang semula. Jadi, kami harus pastikan mereka sihat sebelum bergaul dengan kami," kata pakar terapi urut ini. - The Straits Times



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >