Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penduduk kampung bergegas apabila lori oren terbalik untuk...

Nov 11, 2016 | 10:52 AM



BEIJING: Seorang pemandu lori dan anak saudaranya mengalami nasib bak 'sudah dieban, dihela pula' apabila lori mereka yang membawa muatan oren terbalik di sebuah lebuih raya di China.



Sekumpulan penduduk kampung bukan sahaja tidak membantu, malah menyerang mereka apabila pasangan itu cuba menghalang mereka mencuri oren yang tertumpah di lebuh raya dalam kejadian pada Ahad (6 Nov) itu, lapor South China Morning Post.



Penduduk kampung berdekatan bergegas ke tempat kejadian selepas lori itu terbalik di sebuah lebuh raya di Yichun, wilayah Jiangxi - bukan untuk membantu, tetapi untuk mencuri buah itu.



Beliau dan anak saudaranya, yang mebawa oren itu dari wilayah Hunan, cuba menghalang mereka tetapi dipukul.



Akhirnya pemandu tersebut hanya mampu menangis di tepi jalan sedang penduduk kampung mengambil orennya, lapor portal berita Kankannews.com.



Kejadian itu dirakam oleh video yang disebar dalam talian.



Penduduk kampung hanya beredar pegawai polis campur tangan. Pemandu itu dan para pegawai mengambil masa seluruh petang untuk mengutip oren yang masih ada dan membersihkan kawasan itu.



Pemandu tersebut menangis apabila memberitahu pemberita mengenai kejadian itu. Itu kali pertama beliau melakukan perjalanan jarak jauh untuk menghantar buah-buahan.



Beliau berhutang untuk membeli lori itu.



Nilai oren itu lebih 10,000 yuan ($2,076) dan pemandu tersebut menunggu lima jam sebelum lorinya ditunda.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >