Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penduduk lari setelah gunung berapi di Papua New Guinea meletus

Oct 1, 2019 | 2:27 PM
Kepulan asap dilihat meletus dari gunung berapi Ulawan awal pagi tadi. - Foto ihsan CHRISTOPHER LAGISA
Kepulan asap dilihat meletus dari gunung berapi Ulawan awal pagi tadi. - Foto ihsan CHRISTOPHER LAGISA -

KOKOPO - Gunung berapi Ulawan di Papua New Guinea meletus awal hari ini (1 Oktober) menyebabkan ramai penduduk terpaksa berpindah.

Lahar merah kelihatan memancut ke langit.

Gunung Ulawan, yang terletak di barisan Bismarck Archipelago, menyebabkan antara 7,000 dan 13,000 orang berpindah dari rumah mereka Jun lalu.

Kegiatan seismik bermula tengahari semalam (30 September) sebelum gunung berapi itu meletus sekitar 4.30 pagi tadi, menurut penolong pengarah Pemerhatian Gunung Berapi Rabaul, Encik Ima Itikarai.

"Ia tidak berbunyi dan di dalam kegelapan, sebelum terbit matahari; letusan itu boleh dilihat dan terdapat cahaya merah memancut ke atas, kurang dari 100 meter dari tapak gunung berapi," katanya kepada AFP.

Apabila ia lebih terang, asap kelabu kelihatan meluap-luap ke arah langit.

Seorang warga tempatan, Encik Christopher Lagisa berkata penduduk boleh mendengar bunyi gas meledak dan lahar yang mengalir.

Walaupun ramai orang yang terjejas oleh letusan sebelum ini masih berada di pusat pemindahan, seorang pegawai Pejabat Bencana West New Britain berkata segelintir telah pulang ke rumah dan kebun mereka di tapak gunung berapi harus berpindah lagi.

Gunung berapi itu merupakan antara yang paling bahaya di dunia.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg