Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penduduk Paris undi haramkan penggunaan skuter elektrik di jalan raya

Apr 4, 2023 | 5:30 AM
DIHARAMKAN: Penduduk Paris, mengundi mengharamkan penggunaan skuter elektrik di jalan raya ibu kota Perancis itu. - Foto AFP
DIHARAMKAN: Penduduk Paris, mengundi mengharamkan penggunaan skuter elektrik di jalan raya ibu kota Perancis itu. - Foto AFP -

PARIS: Sejumlah besar penduduk kota Paris, mengundi mengharamkan penggunaan skuter elektrik di jalan raya ibu kota Perancis itu, dalam satu pungutan suara pada Ahad lalu, yang akan dipatuhi oleh penguasa bandar itu.

Undi mengharamkannya adalah antara 85.77 peratus dan 91.77 peratus, dalam 20 daerah di Paris.

Menurut halaman Kota Paris, langkah "konsultasi awam" yang dijalankan itu adalah sesuatu yang jarang dibuat dan telah mendapat sambutan menggalakkan, dengan deretan panjang orang ramai beratur untuk mengundi.

"Saya memilih untuk menentang kerana di Paris sudah terlalu sibuk, kata seorang pekerja kereta api, Encik Ibrahim Beutchoutak, 47 tahun, kepada TV Reuters.

"Cara skuter itu digunakan, bahaya yang didedahkan di Paris, mencemarkan pemandangan, adalah sesuatu yang tidak baik."

Banyak bandar di dunia sedang perketat peraturan membataskan bilangan e-skuter, termasuk had kelajuan dan tempat-tempat ia boleh diletakkan.

Pada 2021, 24 orang mati dalam kemalangan berkaitan skuter ini di Perancis, termasuk satu di Paris.

Pada 2022, Paris mencatatkan 459 kemalangan melibatkan e-skuter dan kenderaan serupa, termasuk tiga kematian.

"Dalam pekerjaan saya, kami menyaksikan banyak kemalangan jalan raya yang berpunca dari skuter, maka kami benar-benar melihat kesan negatifnya," kata seorang doktor umum, Cik Audrey Cordier, 38 tahun, selepas mengundi menentang penggunaan skuter itu.

Skuter elektrik yang diakses melalui aplikasi telefon pintar, telah beroperasi di Paris sejak 2018, tetapi berikutan banyak aduan mengenai penggunaannya yang tidak dikawal, maka pada 2020 Paris mengurangkan bilangan pengendalinya kepada tiga sahaja.

Mereka diberi kontrak selama tiga tahun, menetapkan had kelajuannya 20 kilometer sejam dan menguatkuasakan tempat meletaknya.

Kontrak itu akan berakhir pada September ini.

Para pengendali ditawarkan beberapa peraturan baru, termasuk memastikan penggunanya mesti berusia 18 tahun ke atas, memasang nombor plat, supaya polis boleh mengenal pasti pelaku kesalahan dan membataskan hanya seorang sahaja yang boleh menunggang skuter.

Beberapa orang pengundi berkata, mereka lebih cenderung agar peraturannya diperketat, daripada mengharamkannya sama sekali.

"Saya memilih supaya dikekalkan. Saya tidak suka pilihan yang diberi dalam pungutan suara ini. Saya juga tidak ingin melihat skuter ini melakukan sesuka hati, tetapi mengharamkannya bukan keutamaan buat masa ini," kata Encik Pierre Waeckerle, 35 tahun. - Reuters.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg