Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penduduk pulang ke rumah selepas gempa kuat di Maluku

Nov 15, 2019 | 5:42 PM
GEMPA BUMI: Gempa bumi sekuat 7.1 pada skala Richter melanda Maluku lewat pada 14 Nov.
GEMPA BUMI: Gempa bumi sekuat 7.1 pada skala Richter melanda Maluku lewat pada 14 Nov. - Foto USGS

JAKARTA: Sekurang-kurangnya dua orang cedera sementara beberapa gereja dan rumah mengalami kerosakan menyusuli gempa bumi yang kuat di bahagian timur Indonesia.

Namun, penduduk yang melarikan diri kerana bimbang tsunami akan melanda telah pulang ke rumah masing-masing, menurut agensi bencana Indonesia hari ini (15 Nov).

Gempa bumi sekuat 7.1 pada skala Richter itu melanda Maluku lewat semalam, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).

Jurucakap Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan (BNPB) Agus Wibowo berkata dua orang cedera ringan di Ternate di Maluku Utara sementara enam rumah dan dua gereja turut rosak.

"Agensi tempatan di Ternate berkata penduduk yang telah melarikan diri daripada kawasan pantai telah pulang ke rumah mereka," katanya menerusi satu kenyataan.

Tambahnya, keadaan sudah kembali tenang di Bitung, Pulau Sulawesi dan di Halmahera di Maluku. -REUTERS

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg