Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penduduk Sydney digesa batas pergerakan sempena Krismas

Dec 25, 2020 | 05:30 AM



SYDNEY: Jutaan penduduk Sydney telah digesa agar membataskan pergerakan mereka sepanjang musim cuti Krismas, dengan sebahagian keluarga kini menjalani perintah berkurung dan pertemuan dalam rumah tidak boleh melebihi 10 orang, sedang pegawai cuba membendung penularan Covid-19 yang kini mencecah 100 orang.



Kota paling ramai penduduk di Australia itu menjalani pengasingan dengan sempadan negeri ditutup atau menjalani kuarantin wajib 14 hari bagi mereka yang tiba di Sydney.



"Harap bataskan pergerakan anda," kata ketua negeri New South Wales (NSW), Cik Gladys Berejiklian, kepada wartawan di Sydney semalam.



"Selain berada bersama ahli keluarga terdekat, yang kami benarkan semasa cuti Krismas ini, kami tidak mahu orang bergerak ke sana ke mari kecuali anda ada tujuan khusus," tegasnya.



Negeri jiran, Victoria, semalam menasihatkan penduduknya supaya tidak "peluk dan cium" siapa pun yang datang berziarah dan berada di Sydney sejak 10 hari lalu.



Lebih suku daripada sejuta orang di kawasan perumahan dekat pantai utara Utara masih menjalani perintah sekatan sehari sebelum Krismas selepas kelompok baharu koronavirus muncul minggu lalu.



Sementara itu, Facebook telah menyekat akaun cef selebriti Australia dan ahli teori konspirasi, Encik Pete Evans, kerana berulang kali menyebarkan maklumat salah mengenai Covid-19.



Dengan lebih satu juta pengikut media sosial, Encik Evans menjadi penyokong teori konspirasi yang berpengaruh berkaitan pandemik dan vaksin.



Facebook menjelaskan semalam bahawa mereka tidak akan membenarkan sesiapa saja untuk menyampaikan maklumat salah mengenai Covid-19 yang boleh menyebabkan gangguan fizikal atau kepalsuan mengenai vaksin Covid-19.



"Kami memiliki peraturan jelas terhadap jenis kandungan ini dan kami sudah menghapus laman Facebook Cef Pete Evans kerana berulang kali melanggar peraturan ini," kata syarikat itu dalam satu kenyataan.



Bagaimanapun Instagram, platform milik Facebook dengan 278,000 pengikut masih aktif, membolehkan Encik Evans berkongsi catatan mendorong penduduk Sydney menentang pegawai kesihatan awam dan menolak menjalani ujian virus itu. - AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >