Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penduduk Teheran serang kedutaan Saudi

Jan 3, 2016 | 8:16 PM
Keadaan Kedutaan Arab Saudi selepas berlakunya bantahan di Teheran, Iran. - Gambar Reuters
Keadaan Kedutaan Arab Saudi selepas berlakunya bantahan di Teheran, Iran. - Gambar Reuters -

DUBAI: Pelaksanaan hukuman mati oleh Arab Saudi terhadap seorang tokoh Syiah telah mencetuskan beberapa bantahan di rantau Timur Tengah, termasuk di ibu kota Iran, Teheran

Dalam bantahan tersebut orang ramai melontar bom petrol dan menggempur kedutaan Arab Saudi sebelum mereka diarah meninggalkan tempat itu oleh polis, lapor agensi berita Isna.

Kejadian itu berlaku beberapa jam selepas hukuman mati dilaksanakan ke atas Nimr al-Nimr, tokoh Syiah berusia 56 tahun.

Sebelum ini, Nimr antara penggerak utama dalam bantahan antipemerintah di Arab Saudi.

Hukuman mati itu menerima kritikan hebat daripada masyarakat Syiah di Iran dan Iraq. - AFP, Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg