Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penembak bunuh 11 Yahudi di saumaah di Pittsburgh

Oct 28, 2018 | 03:30 PM



 





PITTSBURGH: Seorang penembak, yang berteriak “Semua Yahudi harus mati” menyerbu saumaah semasa satu perhimpunan dan membunuh 11 orang dan mencederakan lagi enam, termasuk empat pegawai polis, sebelum ditangkap.



Pendakwaraya di Amerika Syarikat mengenakan penembak itu Robert Bowers, dengan 29 tuduhan kesalahan menggunakan keganasan dan senjata api, selepas  serangan anti-Semit yang dianggap antara yang paling membawa maut dalam sejarah Amerika.



 Tuduhan terhadap Bowers itu, termasuk 11 tuduhan mengadang perbuatan keagamaan yang menyebabkan kematian; dan 11 tuduhan menggunakan senjata api untuk membunuh semasa bertindak ganas, kata Pejabat Peguam Amerika di Daerah Barat Pennsylvania, dalam kenyataannya.



“Tindakan Robert Bowers mewakili tindakan terburuk manusia. Kami akan memperuntuk semua sumber di pejabat untuk menyiasat jenayah ini dan untuk mengenakan tindakan undang-undang ke atasnya,” kata peguam Scott Brady, di sidang akhbar.



“Kes ini akan diputuskan secara adil dengan cara yang terpantas dan dengan hukuman paling berat yang dimampui,” tambah beliau.



Ejen khas Biro Siasatan Federal (FBI) Bob Jones, yang mengetuai siasatan mengenai serangan itu berkata beliau percaya Bowers bertindak seorang diri dan menambah: “Kami tidak tahu bahawa pihak berkuasa tahu tentang Bowers sebelum hari ini.”



Syarikat penyiaran televisyen KDKA, menukil sumber polis, berkata Bowers memasuki bangunan itu dan meneriak “Semua Yahudi harus mati.”



Bowers kini berada di hospital selepas ditembak beberapa kali.



Mangsa yang dibawa ke hospital di kawasan itu termasuk seorang wanita berusia 61 tahun, lelaki berusia 70 tahun dan seorang pegawai polis berusia 55 tahun. Tiada kanak-kanak terbunuh, kata pihak berkuasa.



 Tiga pegawai polis ditembak dan satu lagi cedera akibat terkena serpihan, kata pihak berkuasa. Dua daripada enam orang yang cedera berada dalam keadaan genting.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >