Penembak tahan 30 orang sebagai tebusan di pusat beli-belah Manila
Penembak tahan 30 orang sebagai tebusan di pusat beli-belah Manila
Mar 2, 2020 | 3:33 PM
Orang ramai di luar pusat beli-belah V-Mall setelah penembak tahan 30 orang sebagai tebusan. FOTO: FACEBOOK/ JEC CARLOS -
MANILA: Seorang penembak telah menahan beberapa individu sebagai tebusan di pusat beli-belah terkenal di timur Manila.
Sekurang-kurangnya seorang telah ditembak dan dibawa ke hospital, kata Datuk Bandar San Juan, Francis Zamora, lapor The Straits Times.
Ketua Daerah Polis Timur, Brigadier-Jeneral Johnson Almazan, berkata tembakan didengar di pusat beli-belah V-Mall sebelum tengah hari tadi.
Encik Zamora menambah bahawa seorang pegawai keselamatan yang pernah bekerja di pusat beli-belah itu telah menahan 30 orang sebagai tebusan.

