Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penembak tepat bunuh 4 polis, cederakan 7 di bantahan terhadap polis di Dallas

Jul 08, 2016 | 02:20 PM



WASHINGTON: Empat pegawai polis ditembak mati dan tujuh cedera dalam kejadian menembak polis antara yang terburuk dalam sejarah Amerika Syarikat baru-baru ini, oleh penembak tepat yang menyasarkan mereka semasa perhimpunan di Dallas bagi membantah polis menembak maut dua lelaki kulit hitam minggu ini.



Ketua Polis Dallas, Encik David Brown, berkata dalam satu sidang akhbar pada Khamis (7 Julai) dua penembak tepat dalam kedudukan tinggi menembak 11 pegawai, membunuh tiga, dalam apa yang kelihatan seperti serangan yang diselaras.



Pegawai keempat meninggal dunia kemudiannya, kata polis di Twitter.



Sekurang-kurangnya seorang pegawai sedang menjalani pembedahan. Sesetengah mangsa ditembak di belakang.



Polis berkata seorang suspek yang terlibat dalam tembak-menembak dengan polis telah ditangkap dan unit skuad bom sedang menyiasat pakej mencurigakan yang ditemui berhampiran lokasinya.



Orang kedua "yang penting" berkaitan kes itu telah menyerah diri, kata mereka, walaupun tidak ada berita mengenai penangkapan penembak tepat kedua.



Beribu-ribu orang berkumpul di bandar-bandar besar di Amerika Syarikat untuk menunjuk perasaan terhadap kejadian polis menembak maut seorang lelaki kulit hitam - yang kedua - dalam dua hari.



Kebanyakan bantahan itu berjalan dengan aman tetapi ketegangan terbukti selepas penembakan Encik Philando Castile, 32 tahun, oleh pegawai polis berhampiran St. Paul, Minnesota, lewat Rabu (6 Jul).



Temanita beliau menyiarkan video secara langsung di Internet adegan berdarah selepas kejadian tersebut, yang dilihat secara meluas.



Kematian Encik Castile berlaku sehari selepas Encik Alton Sterling, 37 tahun, ditembak di Baton Rouge, Louisiana.



Encik Sterling terbunuh dalam perbalahan dengan dua pegawai polis kulit putih. Video grafik kejadian itu menyebabkan bantahan di media sosial. - Reuters, AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >