Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Penemuan kubur tanpa tanda bongkar misteri berdekad kehilangan anak-anak orang asli Canada

Jun 26, 2021 | 05:30 AM



CALGARY (Alberta): Selama berdekad, kanak-kanak masyarakat orang asli diambil daripada keluarga mereka, ada kala secara paksa, dan ditempatkan di sekolah berasrama sesak yang ditadbir oleh pihak gereja.



Semasa di sekolah itu, mereka dianiaya dan dilarang bercakap dalam bahasa ibunda mereka. Ribuan daripada mereka 'ghaib' begitu sahaja, lapor akhbar The New York Times.



Kini, satu penemuan baru menawarkan bukti menyayatkan hati - kebanyakan mereka maut di sekolah itu.



Peninggalan 751 orang, kebanyakannya kanak-kanak orang asli Indigenous, ditemui di tapak bekas sekolah di wilayah Saskatchewan, menurut kumpulan orang asli itu kelmarin.



Tapak perkuburan itu, yang terbesar sejauh ini, ditemui beberapa minggu selepas sisa mayat 215 kanak-kanak ditemui di kubur tanpa tanda di laman bekas sebuah sekolah kanak-kanak orang asli di British Columbia kendalian sebuah gereja.



Penemuan itu menyentak Canada, yang berdepan penganiayaan dan tindakan salah laku berleluasa ke atas orang asli selama beberapa generasi.



Selama berdekad-dekad, mereka yang berjaya mengharungi penganiayaan itu menyatakan menerusi sejarah lisan mereka bahawa ribuan kanak-kanak hilang dari sekolah, tetapi ia selalunya disambut dengan kesangsian.



Pendedahan oleh dua kubur tanpa tanda itu mengingatkan akan kesan amat buruk satu tempoh dalam sejarah Canada.



Perdana Menteri Canada, Encik Justin Trudeau, berkata di akaun Twitter beliau "amat sedih" apabila mengetahui tentang penemuan terbaru itu.



"Hati saya remuk menyusuli penemuan mayat anak-anak orang asli yang dikebumikan di tapak lama Sekolah Kediaman Orang Asli Marieval," kata Encik Trudeau.



"Ini adalah jenayaah ke atas kemanusiaan, satu serangan ke atas rakyat sebuah Negara Pertama," kata ketua Persekutuan Negara-Negara Berdaulat Indigenous, Encik Bobby Cameron.



"Satu-satunya kesalahan yang mereka lakukan sebagai kanak-kanak ialah dilahirkan sebagi orang asli," katanya lagi.



Tapak pengebumian itu juga memberi tekanan baru ke atas pemerintah Encik Trudeau, yang hari ini bergantung pada satu bentuk undang-undang yang mentadbir kehidupan orang asli seawal kurun ke-19.



Pemimpin masyarakat orang asli berharap pendedahan terbaru itu menjadi mangkin bagi kemerdekaan negara mereka sendiri, yang telah lama dituntut.



"Kami telah penat diberitahu apa yang harus dilakukan dan cara melakukannya," kata ketua Negara Pertama Cowessess, Encik Cadmus Delorme.



Berita penemuan dan pembongkaran tapak kubur di Canada itu menggegarkan seluruh dunia, termasuk Amerika Syarikat, yang setiausaha dalam negaranya berkata ia akan melakukan pencarian di sekolah berasrama persekutuan bagi mengetahui apakah wujud tapak perkuburan anak-anak orang asli Amerika.



Ratusan ribu daripada mereka diambil secara paksa daripada masyarakat mereka untuk dibudayakan di sekolah-sekolah berkenaan lebih sekurun lamanya.



Sejauh ini belum jelas bagaimana kanak-kanak itu maut di sekolah, yang juga mengalami penularan wabak penyakit sekurun lalu dan menjadi tempat anak-anak itu mengalami penganiayaan seksual, secara perasaan dan keganasan.



Beberapa bekas pelajar menyatakan mayat sekecil bayi dan kanak-kanak perempuan mengandung akibat dirogol paderi dan rahib semasa berada di sekolah tersebut. - Agensi berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >