Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MALAYSIA

Penentang Zahid berkurang, Umno kini lebih bersatu: Pengamat

Mar 26, 2023 | 05:30 AM



PEMILIHAN kepimpinan parti Umno baru sahaja berlalu dan menyaksikan kemenangan calon muka baru dan muka lama.



Memandangkan tiada pemilihan bagi dua jawatan teratas - presiden dan timbalan presiden - perhatian utama adalah pada pemilihan tiga jawatan naib presiden yang dimenangi Datuk Seri Mohammed Khaled Nordin (penyandang jawatan); Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail; dan Datuk Seri Johari Abdul Ghani.



Pengamat menyatakan Umno kini kelihatan lebih bersatu memandangkan berkurangnya penentang presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.



Kedudukan beliau juga dilihat sebagai lebih kukuh dengan ramai penyokongnya membentuk kepimpinan baru parti Melayu tertua Malaysia.



Ini pula memberi kemantapan kepada Kerajaan Perpaduan, pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan Umno adalah satu daripada gabungan parti memerintah.



Namun, pengamat juga menyatakan apa yang berlaku pada parti itu dilihat sebagai tidak meraikan perbezaan pendapat dan ini boleh menjejas parti itu pada masa depan.



Tanpa sebarang pertandingan, Datuk Ahmad Zahid menjawat presiden Umno, dengan Datuk Seri Mohamad Hassan sebagai timbalan presiden. Datuk Ahmad Zahid sendiri berkata kepimpinan baru Umno akan terus menyokong dan memperkukuh Kerajaan Perpaduan Malaysia.



"Berdasarkan keputusan pemilihan parti, adalah terbukti bahawa setiap peringkat kepimpinan nasional dan akar umbi Umno menyokong Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.



"Walaupun kita tahu ada usaha mahu mengganggu kerajaan, ia ditolak perwakilan Umno," tegasnya.



KEDUDUKAN UMNO



Diminta mengulas, Profesor Madya Dr Awang Azman Awang Pawi daripada Universiti Malaya, memberitahu Berita Harian (BH) bahawa Umno menjadi lebih kuat apabila sekitar dua pertiga pemenang pelbagai peringkat pemilihan dilihat mesra Kerajaan Perpaduan dan pro-presiden parti.



"Ini memperlihatkan sokongan akar umbi terhadap parti dan keputusan bekerjasama dengan PH (Pakatan Harapan) dalam Kerajaan Perpaduan," ujarnya.



Profesor Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid daripada Universiti Sains Malaysia berkata selepas pertandingan jawatan presiden dan timbalan presiden ditutup, hala tuju Umno jelas mengikut arah di mana kebanyakan "orang presiden" akan dipilih.



"Dan sememangnya itulah yang berlaku kecuali mungkin dua tiga ahli Majlis Tertinggi yang berkecuali dan suara mereka, jika bertentangan, akan tenggelam."



KEDUDUKAN ZAHID



Profesor Ahmad Fauzi juga berkata pemilihan kali ini membuktikan bahawa Umno, termasuk Datuk Ahmad Zahid, tidak mentoleransikan sebarang perbezaan pendapat pada peringkat kepimpinan.



"Sama ada sikap ini adalah yang terbaik di era Umno menjadi penumpang dan bukan induk kepada kerajaan gabungan adalah perkara yang boleh dibahaskan dan akan menjadi lebih jelas pada tahun-tahun mendatang," katanya kepada BH.



Profesor Awang Azman berpendapat kedudukan Datuk Ahmad Zahid memang semakin kuat dan sukar diganggu gugat seteru politik dalam parti seperti Datuk Seri Hishamudin Tun Hussein, Datuk Hasni Mohammad dan anggota lain yang telah digantung keahliannya atau dipecat.



"Dalam konteks parti politik, menang tanpa bertanding juga adalah sebahagian proses politik dan amalan demokrasi dan ini berlaku pada Umno," ujarnya.



KEDUDUKAN KERAJAAN PERPADUAN



Profesor Awang berkata dengan kemenangan besar pemimpin pro-Zahid, ia sekali gus juga menyokong kerjasama Umno dalam Kerajaan Perpaduan yang menjadikannya lebih mantap dan terjamin.



"Berdasarkan situasi ini, sukar bagi segelintir pihak yang mesra PN (Perikatan Nasional) untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar Ibrahim.



"Oleh itu, kerajaan ini dapat memberi lebih tumpuan kepada menangani pelbagai isu negara seperti ekonomi rakyat dan menetapkan hala tuju negara yang lebih baik," terangnya.



Menurut Profesor Ahmad Fauzi, Datuk Anwar ada memberi komen bahawa keputusan pemilihan Umno menghasilkan pasukan yang meyakinkan dan yang baik pada Kerajaan Perpaduan.



"Tetapi apa yang baik buat Kerajaan Perpaduan dalam jangka pendek tidak semestinya paling baik buat Umno bagi jangka panjang.



"Untuk menjamin kelestarian Umno sebagai satu parti politik yang menjunjung prinsip demokrasi, sifat menghormati kepelbagaian pandangan perlu diraikan.



"Apapun, arus ideologi dalaman parti boleh sahaja berubah pada masa hadapan," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >