Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Pengalaman ngeri lintah masuk mata, hisap darah pendaki di Thailand

Nov 09, 2023 | 02:04 PM



Ngeri!

Seorang pendaki lelaki dari Thailand menerima kejutan apabila mendapati lintah meluncur masuk dalam salah satu kelopak mata bawahnya dan mula menghisap darah di tempat keluarnya air mata.

Pengalaman ngeri beliau itu dikongsi seorang pengembara dan pencipta kandungan digital Encik Apichart Promtus dalam laman Facebook miliknya bernama Der Baag pada 6 November.

Beliau menulis catatan itu sebagai amaran agar orang ramai berhati-hati apabila sedang mendaki di tempat semula jadi.

“Hari ini, saya akan mengongsi pengalaman peribadi saya yang mungkin berlaku hanya sekali dalam 10,000 kali, atau mungkin sekali dalam 100,000 kali: seekor lintah yang tersendat dalam mata,” kata Encik Apichart.

“Ramai mungkin tak percaya dengan pengalaman ini, tetapi ia benar dan sangat menakutkan.”

Encik Apichart menjelaskan seekor lintah telah memanjat ke kamera yang dimiliki temannya apabila temannya itu meletakkan kamera itu di atas tanah buat sementara, sambil mencari lokasi menarik untuk mengambil gambar, lapor akhbar The Thaiger.


Tanpa disedari, lintah itu kemudian memasuki lubang penglihatan kamera atau ‘viewfinder’ kamera itu.

Temannya kemudian mengangkat kamera itu dan meletakkan matanya ke lubang penglihatan kamera tersebut untuk mengambil gambar beberapa pokok.

Pada saat itu, ulat berkenaan memasuki kelopak matanya dan mula menghisap darah di saluran air mata.







Apabila itu berlaku, teman Encik Apichart mula menjerit dalam kesakitan dan pasangan itu dipercayai mengambil masa lebih 30 minit untuk mengeluarkan binatang ‘licin’ itu dengan menggunakan jari mereka.

Matanya juga kelihatan menjadi merah dan lebam, kata Encik Apichart.

“Sejujurnya, ia tidak mudah untuk mengeluarkan binatang itu sebab ia sangat licin,” kongsi Encik Apichart.

“Kami bergelut selama lebih setengah jam dan apabila kami akhirnya berjaya mengeluarkannya, darah asyik mengalir keluar dari mata teman saya,” tambahnya.

Dalam catatannya itu Encik Apichart juga berkata beliau telah merujuk kepada beberapa pakar dan penggiat kegiatan mendaki untuk mendapatkan panduan bagi menangani kes-kes seperti itu.

Beliau berkata mereka menyarankan agar pendaki membawa sedikit garam, serbuk garam atau air garam dalam botol kecil.

“Jika anda mendapati seekor lintah memasuki mata anda, anda boleh menitiskan sedikit garam atau air garam into dalam mata anda,” katanya.

“Ulat itu akan menanggalkan dirinya dari mata anda tanpa sebarang hambatan dan ia juga tidak akan merosakkan mata anda sebab air garam tidak memberi sebarang kesan kepada mata.

“Mungkin ada rasa sedikit menyengat sama seperti apabila kami bermandi dalam laut,” ujar Encik Apichart lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >