Premium
Pengamat: Assad tidak akan tunduk
Apr 12, 2017 | 5:30 AM
PRESIDEN BASHAR AL-ASSAD: Dipercayai menganggap serangan Amerika sekadar satu tamparan kecil. -
BEIRUT: Serangan peluru berpandu Amerika Syarikat ke atas pangkalan tentera udara Syria mungkin mendorong Presiden Bashar Al-Assad lebih berhati-hati dalam melaksana beberapa strategi dan taktiknya, tetapi ia tidak akan menghalang beliau juga sekutunya melancarkan kempen ketenteraan besar-besaran bagi menghancurkan kumpulan pemberontak.
Ini kerana serangan peluru berpandu Tomahawk itu mempunyai skop terhad dan mungkin mendorong Damsyik dan sekutunya memutuskan bahawa Amerika tidak seghairah berbanding sebelum ini untuk mengambil tindakan lebih tegas bagi menewaskan atau menggulingkan Presiden Assad.

