Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:14
Maghrib
7:15
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

MENJELANG PILIHAN RAYA NEGERI SARAWAK

Pengamat: Gabungan Parti Sarawak diramal bentuk kerajaan negeri

Dec 11, 2021 | 05:30 AM



SELEPAS Melaka menjadi tumpuan bulan lalu dengan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam pilihan raya negeri (PRN) itu, perhatian kini beralih ke Sarawak.



Kira-kira 1.2 juta rakyat Sarawak bakal mengundi pada 18 Disember dalam PRN ke-12 dan yang terbesar, dengan semua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan membabitkan seramai 349 calon daripada 10 parti politik serta calon Bebas.



Penamaan calon dan kempen bermula sejak 6 Disember lalu, dengan calon bertanding perlu melakukan kempen yang mematuhi prosedur operasi standard (SOP) berkaitan Covid-19.



Antara parti atau gabungan parti besar yang bertanding adalah Gabungan Parti Sarawak (GPS), Parti Bumi Kenyalang (PBK), Parti Sarawak Bersatu (PSB) dan Pakatan Harapan (PH).



GPS meletakkan calon di semua 82 kerusi, diikuti PBK yang bertanding di 73 kerusi; PSB (70 kerusi); dan PH (62 kerusi).



Dua parti/gabungan parti besar yang tidak bertanding kali ini adalah Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan Barisan Nasional (BN) yang dilaporkan menyokong GPS.



Sementara itu, kerusi DUN Dudong menyaksikan calon paling ramai bertanding dengan pertandingan lapan penjuru selain pertandingan enam penjuru berlaku di tujuh kerusi, lima penjuru (24 kerusi), empat penjuru (33 kerusi), tiga penjuru (13 kerusi) dan hanya empat kerusi DUN menyaksikan dua penjuru.



Namun parti mana yang diramal menguasai PRN kali ini?



Menurut penganalisis pastinya GPS, sebelum ini membentuk parti kerajaan Sarawak, yang dijangka membentuk kerajaan baru.



Persoalannya, apakah ia mampu mempertahankan 72 kerusi yang disandangnya sebelum PRN ini?



Memberitahu Berita Harian (BH), Profesor Lee Kuok Tiung daripada Universiti Malaysia Sabah, berkata sangat jelas GPS dijangka mendapat majoriti besar kerusi.



Persaingan terdekat GPS adalah daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP-PH) bagi kerusi majoriti Cina bandar, dan PSB bagi kerusi Bumiputera.



"GPS bermula sebagai blok pembangkang semasa kerajaan persekutuan dikuasai PH dan ini telah mengajar mereka bekerja lebih keras agar disenangi rakyat.



"Di pihak PH, ia bukan sahaja tumbang disebabkan Langkah Sheraton, bahkan Parti Keadilan Rakyat (PKR-PH) Sarawak juga gagal menemui pemimpin berkaliber yang mampu membawa PKR ke depan.



"Baik calon DAP mahupun Amanah (Parti Amanah Negara) mereka perlu undi penyokong PKR jika calon mereka ada peluang menang," kongsinya.



Pengamat politik daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Profesor Azmi Hassan, berkata GPS memang diramal menang cuma sama ada ia mampu menguasai 72 kerusi seperti sebelumnya.



"Melihat kepada senario politik sekarang, pembangkang kelihatan kuat sedikit, walaupun ada perpecahan sesama mereka, terutama dengan kemunculan parti baru, Parti Sarawak Bersatu (PSB), yang mana kekuatannya adalah mereka terdiri daripada orang-orang lama politik.



"Juga ini kali pertama GPS bertanding sebagai gabungan parti politik, walaupun sebagai kerajaan, GPS dikatakan telah berjaya, namun sebagai parti politik ia belum diuji kemampuannya dalam PRN," kata Profesor Azmi.



Di PRN Melaka, isu tempatan banyak diutarakan, sementara isu nasional kurang terserlah. Apakah perkara sama dijangka berlaku di PRN Sarawak?



Profesor Azmi berpendapat isu tempatan dijangka lebih diperkatakan antaranya tanah adat yang amat sensitif, dan campur tangan Putrajaya terhadap pentadbiran Sarawak - yang kededuanya khusus bagi negeri itu.



"Pembangkang akan berusaha mendakwa GPS terlampau tunduk kepada Putrajaya, dengan GPS pula mempertahankan diri dengan menyatakan hubungan baik dengan Putrajaya amat diperlukan," terangnya.



Menurut pendapat Profesor Lee, kali ini mungkin tidak ada banyak isu besar yang diketengahkan.



"Mungkin ada isu mengenai keberkesanan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri yang memang tidak sempurna sepenuhnya, tetapi dibandingkan dengan negeri lain dalam menangani pandemik Covid-19, ia telah melakukan tugas lebih baik.



"Saya juga berpendapat, jika ada mana-mana pihak yang ingin memanipulasi isu pandemik ini, mereka perlu berhati-hati kerana ia boleh jadi 'senjata makan tuan'," kata kepada BH.



Turut menarik perhatian dalam PRN Sarawak kali ini adalah pembabitan orang muda dengan seramai 45 calon berusia bawah 40 tahun, dengan calon termuda berusia 24 tahun.



Seramai 141 calon pula berusia lebih 60 tahun dengan seorang calon PSB berusia 79 tahun adalah yang paling berusia.




"Melihat kepada senario politik sekarang, pembangkang kelihatan kuat sedikit, walaupun ada perpecahan sesama mereka, terutama dengan kemunculan parti baru, Parti Sarawak Bersatu (PSB), yang mana kekuatannya adalah mereka terdiri daripada orang-orang lama politik. Juga ini kali pertama GPS bertanding sebagai gabungan parti politik, walaupun sebagai kerajaan, GPS dikatakan telah berjaya, namun sebagai parti politik ia belum diuji kemampuannya dalam PRN."
- Profesor Azmi Hassan, pengamat politik daripada Universiti Teknologi Malaysia (UTM).



"GPS bermula sebagai blok pembangkang semasa kerajaan persekutuan dikuasai PH dan ini telah mengajar mereka bekerja lebih keras agar disenangi rakyat. Di pihak PH, ia bukan sahaja tumbang disebabkan Langkah Sheraton, bahkan Parti Keadilan Rakyat (PKR-PH) Sarawak juga gagal menemui pemimpin berkaliber yang mampu membawa PKR ke depan."
- Profesor Lee Kuok Tiung daripada Universiti Malaysia Sabah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >