Dunia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penganiayaan seks kanak-kanak dalam talian di Thailand hampir cecah rekod tertinggi dengan koronavirus

Jun 19, 2020 | 12:22 PM
Pasukan bertindak Jenayah Internet Terhadap Kanak-Kanak (TICAC) telah menyelamatkan lebih 100 kanak-kanak dalam dua bulan lalu.
Pasukan bertindak Jenayah Internet Terhadap Kanak-Kanak (TICAC) telah menyelamatkan lebih 100 kanak-kanak dalam dua bulan lalu. - AFP

BANGKOK: Kes penderaan seks kanak-kanak dalam talian di Thailand dijangka mencapai rekod tertinggi tahun ini, kata polis pada Khamis (18 Jun), dengan pemangsa seks siber mengeksploitasi krisis koronavirus baru untuk menyasarkan lebih ramai kanak-kanak. Pasukan bertindak Jenayah Internet Terhadap Kanak-Kanak (TICAC) yang diketuai polis telah menyelamatkan lebih 100 kanak-kanak dalam dua bulan lalu - hampir dua kali ganda daripada 53 mangsa yang dibantu pada 2018, yang merupakan angka tahunan tertinggi sejak penubuhannya pada 2016. "Kanak-kanak tidak ke sekolah dan penjenayah memanfaatkan ini untuk mencari pendapatan semasa pengangguran," kata Kolonel Polis Thakoon Nimsomboon, ketua TICAC, kepada Yayasan Thomson Reuters. Penyebaran global internet berkelajuan tinggi dan murah serta peningkatan pemilikan telefon bimbit telah mendorong jenayah seks siber dalam masa beberapa tahun lalu, dengan kanak-kanak dari Thailand ke Filipina dieksploitasi melalui penstriman langsung untuk pelanggan di seluruh dunia. Pegawai dan aktivis telah melihat penganiayaan seks siber kanak-kanak menjadi semakin teruk di bawah pandemik koronavirus sedang keluarga menghadapi kesukaran mencari pendapatan sementara anak-anak berada di rumah dan dalam talian, mendorong seruan untuk pendidikan lebih baik mengenai keselamatan Internet buat kanak-kanak. Sejak pertengahan April, pasukan bertindak polis itu telah menerima lebih 150,000 fail bahan penderaan seksual kanak-kanak dan membuka 53 kes. Pada 2019, mereka menerima 72 kes melibatkan 46 mangsa. - Yayasan Thomson Reuters

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg